Wednesday, January 29, 2014

Usahakan Solat Malam

serenemaklong.blogspot.com

Fudhail bin ‘Iyâdh berkata, “Bila engkau tidak sanggup melaksanakan solat (tahajjud) pada malam hari dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa engkau orang yang terhalang (dari kebaikan) lagi banyak dosa.”




Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Bashri , “Sesungguhnya aku tidur dalam keadaan sihat, aku sangat ingin bangun melaksanakan solat malam dan telah ku siapkan air untuk bersuci, namun mengapa aku tetap tidak boleh bangun (di sepertiga malam terakhir)?”

Beliau menjawab, “Engkau telah dibelenggu oleh dosa-dosamu.” Bila seseorang tidak boleh mengerjakan solat malam, maka hendaklah dia kaji kenyataan seorang dari generasi Salaf, “Bila engkau belum boleh mengambil bahagian di waktu malam, maka janganlah engkau bermaksiat kepada Rabbmu di waktu siang.”

Sahl bin Sa’ad menuturkan, “Jibril pernah datang menemui Nabi s.a.w. dan seraya berkata, “Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu, sesungguhnya kematian pasti akan menjemputmu. Cintailah siapa saja yang engkau senangi, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan beramallah semahumu, sesungguhnya engkau akan menuai balasannya”. Kemudian Jibril berpesan, “Hai Muhammad, kemuliaan seorang Mukmin terletak pada solat malam dan kehormatannya adalah pada saat dia tidak lagi bergantung pada manusia.” (HR. Thabrani no. 831).

No comments:

Post a Comment