Monday, January 6, 2014
Pesongan Quraniest Pendidikan Quran Malaysia
serenemaklong.blogspot.com
Quraniest Pendidikan Quran Malaysia bukan group pendidikan Al-Quran sebenar yang boleh dikongsi ilmu atau belajar daripada pakar-pakar. Ia lebih merupai sebuah group yang menyumpah seranah golongan sunni dan mengatakan sebagai golongan kafir dan sesat.
1. FAHAMAN QURANIEST:
Fahaman mereka hanya menggunakan Al-Quran sebagai pegangan. Semua persoalan dalam Al-Quran hanya Al-Quran sendiri yang menjawabnya. Namun, ada beberapa perkara asas dalam Islam yang mereka pesongkan maknanya dan menolak pegangan umat Islam sejak zaman berzaman.
i. Bagi mereka, Al-Quran adalah hadith Tuhan sebagaimana firman Allah bahawa ayat-ayat Al-Quran adalah ahsanul hadith. Kononnya, Al-Quran dikarang dan dibukukan oleh Nabi sendiri dan dengan itu mereka menolak bahawa Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat.
ii. Mereka juga beriman kepada Nabi Muhammad saw tetapi bagi mereka Baginda hanya mengajarkan Al-Quran semata-mata. Maknanya Al-Quran ialah lisan Nabi Muhammad saw. Percakapan selain daripada itu hanyalah percakapan biasa yang tiada kaitan dengan agama.
iii. Bagi mereka, hadith Nabi hanyalah ciptaan orang-orang Arab yang telah memesongkan ajaran Islam asal. Barangsiapa percayakan hadith Nabi bermakna orang itu telah menggunakan hadith selain hadith Al Quran, dan dianggap telah syirik kepada Allah.
iv. Mereka percayakan sunnah tetapi bukan sunnah Nabi, sebaliknya sunnah Allah. Sunnah Nabi adalah ciptaan golongan Ahli Sunnah yang telah memesongkan Islam asal diketuai oleh Bukhari.
v. Solat yang kita amalkan mencakupi rukun Qauli, rukun Qalbi dan rukun Fi'li dikatakan menyembah berhala kaabah. Kaabah bagi mereka bukan di Makkah dan Makkah bukan Bakka yang disebut dalam Al-Quran (dalam Al-Quran tidak sebut Makkah), sebaliknya Bakka ada di tempat lain. Golongan Sunni yang telah memesongkan kiblat asal ke kiblat baharu di Arab Saudi. Solat bagi mereka ialah melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, itu sahaja. Mereka solat hanya untuk tiga waktu sahaja.
vi. Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa bagi mereka bukan perkara yang ada di dunia sebenar tetapi metafora sahaja. Masjidil Haram yang ada sekarang adalah tipu dan dicipta oleh orang-orang Arab.
vii. Mereka hanya memakai Al-Quran terjemahan sahaja dan tidak menggunakan teks Al-Quran asal. Kalau mereka guna pun, mereka akan terjemah secara harfiah sahaja, bukan menggunakan metodolgi dalam luhgat Arab, menyebabkan banyak istilah-istilah asal dipesongkan maksudnya sesuka hati mereka.
viii. Mereka menganggap tugas Nabi telah selesai dengan kewafatan Nabi Muhammad saw, namun Rasul belum lagi kerana Rasul bukan semestinya orang yang menerima wahyu seperti Nabi tetapi orang yang menyampaikan wahyu tersebut kepada orang lain. Jadi, sesiapa sahaja yang menyampaikan Al-Quran (terjemahan) adalah rasul.
2. FENOMENA:
i. Bilangan mereka semakin bertambah dari semasa ke semasa, terdiri daripada pelbagai golongan dan kebanyakannya adalah bijak pandai lulusan luar negara. Jumlah ahli dalam group itu mencecah seribu orang lebih.
ii. Terdapat juga golongan Melayu Kristian bertaraf Pastor. Golongan Melayu muda sebenarnya ramai yang memeluk agama ini.
KESIMPULAN:
Mereka sebenarnya adalah golongan yang menggunakan hujah-hujah para orientalis kafir untuk mentafsirkan Al-Quran. Tafsiran mereka menurut penemuan-penemuan yang telah dibuat oleh golongan arkeologi barat. Contohnya, seorang ahli arkeologi Barat bukan muslim mengatakan bahawa kiblat asal bukannya di Makkah tetapi di Petra (Jordan). Tujuan sebenar mereka ialah supaya umat Islam meninggalkan Al-Quran Asal berbahasa Arab dan menerima logik para orientalis, seterusnya nanti akan menolak mentah-mentah Al-Quran Asal sebab bertentangan dengan ayat Al-Quran terjemahan mereka, atau mempercayai bahawa para orientalis telah menemukan bahawa Al-Quran Asal adalah ciptaan manusia. Inilah jarum halus yang dipasang oleh Zionis, athies dan Syiah. Ramai juga dalam goup meraka yang menghentam sunnah untuk menghancurkan Islam AhlulSunnah WalJamaah.
[Ahmed Yushamudden Lubis]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment