Sunday, January 26, 2014

Minum Gaya Rasulullah s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com
Air adalah elemen terpenting dalam kehidupan kerana 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Seorang manusia boleh hidup berhari-hari tanpa makanan, tetapi tidak mampu hidup jika tidak minum walaupun sehari. TEKNIK MINUM SUNNAH BAGINDA S.A.W.: 1. Mengucapkan basmallah sebelum minum dan mengucapkan Alhamdulillah seusainya. 2. Minum dalam keadaan duduk. Minum dalam keadaan berdiri menyebabkan air masuk ke perut dalam tekanan yang tinggi dan akan melanggar dinding perut. Jika diamalkan selalu, dinding perut menjadi longgar dan menyukarkan proses penghadaman. 3. Minum dengan tangan kanan. Baginda bersabda: “ Janganlah kamu makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” HR Muslim. 4. Tidak bernafas dalam bekas minuman dan minum dengan tiga tegukan. Baginda bersabda: “ Jika kamu minum, maka janganlah bernafas dalam bekas air minuman.” HR al-Bukhari. Dalam hadis lain, Baginda menyebut cara ini: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.” HT al-Bukhari. 5. Menjaga kebersihan. Ini adalah untuk mengelakkan keracunan makanan ataupun minuman. Kerana itu Baginda membersihkan mulut dengan minum air kosong selepas minum susu. MINUMAN KEGEMARAN BAGINDA S.A.W. Menurut Aishah r.a. Baginda gemar minuman sejuk dan manis. Kadangkala Baginda akan mencampurkan minumannya dengan kismis, kurma atau madu pada waktu malam dan akan meminumnya pada pagi esoknya. Baginda juga suka minum susu yang telah disejukkan. TIP KESIHATAN: Menurut sains perubatan, minuman panas yang ditiup dan dihembuskan nafas untuk menyejukkannya akan membawa mudarat. Hembusan nafas (C02) pada minuman (H20) akan menukar minuman itu menjadi H2C03 yang bersifat asid. Kadar asid yang bertambah dalam perut akan menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakselesaan.

No comments:

Post a Comment