Thursday, January 9, 2014
Penipuan Dalam Kutipan Derma
serenemaklong.blogspot.com
Pakcik Taiko baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, dia berhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama dia tidak makan di situ. Sedang menjamu selera, dia di datangi seorang budak lelaki sekitar 10 atau 12 tahun. Dia mohon Pakcik Taiko beramal dan memberi sumbangan untuk Pusat Tahfiz. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai.
Pakcik Taiko merenung wajah budak tersebut. Budak itu mengatakan dia datang dari Kedah. Pakcik Taiko kata, “Jauh tu. Sini Seremban tau, dik. Kedah ke Seremban dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil sangat tak mahu beri sedekah?”
Budak itu jawab, “Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga. Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.”
Pakcik Taiko menyoal lagi, “ Sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?”
“Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.”
“Eh, sekolah swasta pun kena mohon permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah tipu? “
Budak itu kata, “Kami sekolah tahfiz. Kami belajar Al Quran saja.”
Pakcik Taiko mengujinya, “OK la, memandangkan awak belajar sekolah tahfiz , Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK”. Pakcik Taiko pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23. “OK adik sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?”
Budak itu cuak. Wajahnya pucat. “ Saya belum hafal surah tu lagi pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.” Pakcik Taiko menyoal lagi. “OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams, pakcik nak dengar.” Wajahnya semakin pucat, “ Saya belum hafal lagi pakcik.” Pakcik Taiko tidak puas hati. Dipegangnya tangan budak itu agar dia tidak lari. “OK, kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah.” Budaki tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.
Pakcik Taiko mengucap istighfar, “Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.”
Budak itu menangis. Pakcik Taiko minta kepastian kesekian kali, “ Sekolah ni sekolah tipukan ?” Dia mengangguk kepala. “OK nanti adik bagitau Ustaz, cakaplah Pakcik Taiko pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama, mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.”
MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI RESIT BUDAK TERSEBUT: Pusat Tahfiz Amal Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah Mkm. Kangkong 06600 Alor Setar, Kedah. No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544. Menurut google Pusat Tahfiz Amal sudah ada banyak kes. Yang menghairankan mengapa pihak berkuasa DI KEDAH tidak mengambil tindakan. Antara aduan dan rungutan yang ditemui ialah : 1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspot.com/2011/04...hfiz-amal.html 2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/...ditangkap.html 3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/...ain-perlu.html 4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/0...nta-derma.html 5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat...rgunakan-remaj 6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_01.htm 7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpati http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_05.htm
PERINGATAN:
Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar. Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment