Wednesday, January 29, 2014
Provokasi
Gambar kain rentang ini dikatakan diambil di Pulau Pinang. Sebelum mula beremosi, sila baca firman Allah bila terima berita sebegini: " Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)
Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar:
1) Provokasi Abdullah ibn Saba menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri selepas 28 tahun kewafatan Baginda s.a.w.
2) September 11 ciptaan Amerika sendiri dan mereka menuding jari kepada pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan.
3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS yang dibuang ke dalam surau?
4) George W. Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan untuk menghancurkan Iraq, namun sehingga kini tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung.
5) Aisyah, isteri Nabi s.a.w. dituduh berzina dengan sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul.
KESIMPULAN:
Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar. Andai ada bukti nyata dan jelas memang benar Kristian yang lakukan, semua orang akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apa -apapun, selidik dulu dan jangan beremosi tidak bertempat... Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment