Sunday, January 12, 2014
Kita Bukan Lebih
serenemaklong.blogspot.com
Akhlak yang baik dan indah hanya terzahir apabila dipasak oleh amal soleh yang tulus ikhlas lagi benar & didasari ilmu. Pasakan itu ibarat gunung yang menjulang tinggi sehingga diseliputi awam-awan indah di kemuncaknya. JANGAN perlahan mencari ilmu agar terbina gunungan amal soleh yang kukuh, mencapai awanan akhlak. Perhatikan tutur kata, sifat lahiriyah & amalan kita.
Nabi bersabda "Paling sempurna iman seorang mukmin adalah yang paling baik akhlaknya". Nabi juga sebut "yang paling baik akhlak akan mendapat istana di syurga tertinggi" Selain itu, baginda juga pernah menyatakan, "mereka ini juga paling hampir dalam majlisku di akhirat kelak."
Kita diciptakan oleh Allah untuk saling membantu. Kita ibarat seperti jari-jari tangan, ada panjang, ada pendek, ada kecil, ada besar. Setiap satu mempunyai peranan masing-masing untuk kita mengambil atau memegang makanan. Jika hilang satu jari, agak sukar kita mengambil makanan. Begitulah ibaratnya, kita masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, bukan sentiasa lebih daripada orang lain.
Terdapat beberapa panduan yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum melakukan dosa, sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada Allah.
2. Bila bertemu dengan orang yang lebih tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui daripada kita.
4. Bila melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
5. Jika melihat orang yang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah sedangkan kita.....
Justeru sebagai peringatan kepada diri dan kepada saudara semua, janganlah menganggap KITA SELALU LEBIH...astagafirullahhalazim..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment