Thursday, January 9, 2014
Benarkah Kaabah Akan Runtuh?
Pembangunan Dunia di Makkah akan menimbulkan bencana alam yang dahsyat tidak lama lagi. Tanda awal bencana adalah banjir secara tiba-tiba di Makkah pada musim haji.Di mana lagi keagungan ISLAM andainya hotel dan pusat-pusat hiburan mula membanjiri sekitar MASJIDIL HARAM DI TANAH HARAM AL MUKARRAMAH? Tidak mustahil bagi ALLAH SWT untuk meruntuhkan KAABAH sekiranya umat ISLAM masih menyembah selain daripada ALLAH SWT.
Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah sedang rancak dijalankan.Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiffany, H&M dan Topshop.Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.Pusat membeli-belah ini adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion (49 bilion Riyal). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang.Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal dan sedang merubah wajah kota Makkah.
Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.
Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, telah berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen." Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram? Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.Ia satu perkara yang aneh. Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak.Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu."
"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi."Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar." Sami Angawi, arkitek Saudi sependapat dengannya, "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.
Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik. "Ia menunjukkan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang," kata Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang adalah lebih buruk lagi" [USTAZ NASIR]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment