Thursday, June 13, 2013

Warna Dan Waktu Solat

serenemaklong.blogspot.com

  




Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) telah menjalankan kajian mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.

Kajian awal mendapati pergerakan dalam solat memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta dayab perhatian seseorang.

SUBUH
Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat dicungkilkan rahsia umat Islam diperintahkan solat pada awal waktu. Bermula azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini diserap oleh tubuh melalui konsep resonans pada waktu rukuk dan sujud. Oleh itu, mereka yang terlewat Subuh sebenarnya mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Oleh itu, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang kali dalam hidup akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut tidak ceria,kan?

ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (masa tidur). Tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif. 

MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonans dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu (dan bersolat Maghrib) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalm kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ia bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangun kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Umat Islam patut bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai Pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat memerlukanNya.


Memang amat malang bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solat tetapi cuba mengetengahkan amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana!!!

No comments:

Post a Comment