Sunday, June 2, 2013

Azab Neraka Bagi Kaum Hawa

serenemaklong.blogspot.com



SUATU ketika Saiyidina Ali ra melihat Rasulullah saw menangis semasa beliau sedang bersama Fatimah. Lalu mereka berdua  bertanya  mengapa Baginda menangis. 

Baginda menjawab, "Pada malam aku diIsrakkan, aku melihat perempuan-perempuan sedang diseksa dengan berbagai cara. Itulah sebabnya menangis. Seksaan mereka itu sangat berat dan mengerikan."

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya.

Jelas Baginda, "Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.”

“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.”

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar (keldai), menghadapi beribu-ribu sengsara. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka diseksa seperti itu?" 

Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, mereka yang tergantung rambut hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambut sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.”

“Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.” 

“Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dalam keadaan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki bukan muhrimnya.”

“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangan ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular serta kala jengking kepadanya adalah kerana dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.”

“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Inilah yang disedihkan oleh Baginda supaya setiap kaum hawa mengambil iktibar.

Melabuhkan tudung menutupi dada, berbaju longgar dan lengan panjang hingga ke pergelangan tangan dan bersarung kaki adalah perintah yang diturunkan oleh Allah, bukan suruhan Rasulullah saw dan bukan juga fesyen. Segala perhiasan diri disimpan dengan baik.

Jika di dunia kita sudah membentuk diri menjadi bidadari, in sha Allah kita juga bakal menjadi bidadari di akhirat, malah lebih cantik lagi. Ingatlah, kita ini adalah bidadari yang terhasil melalui berbagai ujian pahit getir yang diturunkan Allah semasa di dunia. BIDADARI YANG ISTIMEWA!!!      

No comments:

Post a Comment