serenemaklong.blogspot.com
SUATU hari di Edinburgh
Central Mosque:
Sebaik sahaja imam dan para makmum yang termasuk Amin Mustafa selesai mengerjakan solat maghrib, dua orang lelaki Scottish dan seorang Muslim berlari masuk ke dalam masjid. Lalu berlaku kekecohan sementara.
Sebaik sahaja imam dan para makmum yang termasuk Amin Mustafa selesai mengerjakan solat maghrib, dua orang lelaki Scottish dan seorang Muslim berlari masuk ke dalam masjid. Lalu berlaku kekecohan sementara.
Kesnya kecil sahaja. Dua lelaki Scottish yang bertatu naik berang
bila seorang lelaki Muslim terlanggar bahu. Mereka berdua mengejar lelaki Muslim
tersebut sampai ke dalam masjid.
Akibatnya polis terpaksa dipanggil. Tetapi polis hanya tiba
20-30 minit kemudian. Ketika menunggu
polis, keadaan agak huru-hara juga. Akhirnya polis tiba dan memberkas ketiga-tiga
penceroboh.
Sehari kemudian:
Pihak polis tempatan menghantar seorang wakil berpangkat Chief
Inspector (bukan calang-calang orang yang dihantarnya) untuk datang ke masjid.
Ramai yang berasa khuatir akan timbul sesi soal jawab. Rupa-rupanya
sangkaan itu meleset.
Chief Inspector itu mendekati Amin Mustafa dan berkata,
"I come here
today to apologize about the unquick
respond on yesterday's incident. It was an unacceptable action by us, and it
should never happen again. We were late for about 20 minutes. It shouldn’t
happen."( Saya ke mari untuk memohon maaf kerana lambat respons dengan
kejadian semalam. Tindakan kami itu tidak boleh diterima dan ia takkan
berulang. Kami lewat 20 minit. Ini tak sepatutnya berlaku.)
Moral cerita:
Moral cerita:
Mana-mana perkhidmatan kerajaan atau swasta yang melibatkan
orang ramai harus bertindak pantas dan cekap dalam menangani apa juga situasi.
Jika berlaku kesilapan atau kelewatan, sebaik-baiknya
segera bertemu dengan pihak berkenaan dan memohon maaf. Ini dapat memulihkan
perasaan pihak yang terbabit. Yang memohon maaf juga akan dipandang tinggi
kerana kesanggupan berbuat demikian.
Semoga semua penjawat awam dan kakitangan swasta bersikap profesional dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
No comments:
Post a Comment