Saturday, June 29, 2013

Dunia - Bukalah Matamu

serenemaklong.blogspot.com



SETIAP kali melihat foto atau membaca kisah kekejaman yang berlangsung di Syria, kita yang berhati lembut, berhati perut akan terasa pilu, tangkai jantung bagai direnggut. Kita panjatkan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa supaya penderitaan saudara-saudara kita itu segera berakhir.  

Berikut ini saya ingin berkongsi sepucuk surat yang telah berjaya diseludup keluar dari Baad Assad Syria, menceritakan tentang rintihan wanita Sunni yang dipenjarakan di Syria. Kisah ini saya copy paste dari posting sahabat FB saya Jebat Working
 
{Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa In sya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami ingin ceritakan penderitaan dan kezaliman yang dilakukan oleh binatang-binatang pemabuk yang diguna oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahanam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak dilahirkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha  menyelamatkan nyawa dan maruah kami.

Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang  tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami ini tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan bersama-sama dengan kami di dalamnya.

Apakah kesalahan Muslimat ini sehingga dirogol dengan ganas dan ditelanjangi, dipukul dan dikenakan kejutan elektrik. Ada yang dalam keadaan separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa. Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apa yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu menyelamatkan kami dari neraka tidak bersempadan ini? Adakah cahaya murni akan menerangi hati kami yang terseksa ini?

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

Daripada, 

Muslimat yang menjadi mangsa thoghut nasionalis Syria. 

###############################################

Malaysia Life Line For Syria, NGO yang menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Syria memohon rakyat Malaysia menyalurkan infak kepada:

NAMA : GABUNGAN SALAM SYRIA
DI MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com


No comments:

Post a Comment