serenemaklong.blogspot.com
QORIN dicipta oleh ALLAH S.W.T sebagai pendamping atau
kembar kepada setiap manusia yang dilahirkan ke dunia. Qorin manusia biasa semuanya
qorin kafir, kecuali qorin Rasulullah s.a.w sahaja yang Muslim. Subhanallah!
Tugas
mutlak qorin ialah untuk membisikkan kesesatan dan kejahatan kepada manusia. Ia bekerja sekuat tenaga untuk
menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan seperti membisikkan
rasa waswas, melalaikan solat, malas membaca Al-Quran dan sebagainya.
Kehadiran qorin dapat dirasai apabila manusia mengalami
pergolakan batin atau bimbang dalam menentukan pilihan. Pada saat itu terdapat
bisikan baik yang datang dari malaikat dan bisikan buruk yang tiba dari qorin manusia
itu sendiri. Sebagai contoh, ketika sedang
memberi taklimat dalam satu seminar, tiba-tiba kedengaran suara Azan
Zohor. Apa yang anda akan buat? Di sini qorin
membisikkan supaya seruan solat itu diabaikan.
Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Setiap
orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping) dari
golongan jin.”
Para sahabat bertanya, “Termasuk anda, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, وَإِيَّايَ إِلاَّ
أَنَّ اللَّه
أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلا
يَأْمُرنِي إِلاَّ
بِخَيْرٍ “Termasuk
aku juga, hanya Allah membantu aku menundukkannya, sehingga dia masuk Islam. Qorin
itu tidak memerintahkan kepadaku kecuali yang baik.”- Hadis Riwayat Muslim.
Syaikh Muhamad bin Shalih Al-Munajid menjelaskan,
“Berdasarkan renungan terhadap berbagai dalil dari Al-Quran dan Sunnah dapat
disimpulkan bahawa tugas qorin ialah menyesatkan, mengganggu, dan membisikkan
waswas. Godaan ini akan semakin melemah apabila iman seseorang meningkat.”
(Fatwa Islam, soal jawab, no. 149459).
Jin qorin
tidak diberi kemampuan oleh Allah Ta’ala untuk menyakiti tubuh manusia atau
membuat manusia kesurupan. Jin
qorin tidak dapat
dimusnahkan/dibunuh dengan bacaan ruqyah kerana Allah telah menentukan dia mendampingi
manusia sehingga manusia itu meninggal dunia. Bisikan jin qorin sangat
samar-samar dan tidak dapat diajak berdialog. Bisikan itu boleh dineutralkan dengan
zikir dan doa namun tidak dapat dihilangkan 100% .
Jin bukan qorin
mampu menyakiti tubuh manusia dan membuat manusia kesurupan. Ia boleh diusir,
dimusnahkan atau dibunuh dengan bacaan Ruqyah. Bisikan jin bukan qorin sangat
jelas di telinga dan boleh diajak berdialog. Bisikan jin bukan qorin boleh dihilangkan
100% dengan zikir dan doa. Pun begitu jin bukan qorin tidak diberi kemampuan oleh Allah untuk
membisikkan kejahatan kepada para Nabi. Contohnya, jin bukan qorin yang pernah
cuba mendekati Rasulullah saw ketika baginda
sedang solat telah ditangkap dan dicekik baginda. Jika manusia berdoa memohon
perlindungan daripada ALLAH S.W.T., jin bukan
qorin tidak dapat mendekati dan mempengaruhi manusia.
Bagi tujuan mengimbangi usaha qorin ini, ALLAH S.W.T
telah mengutuskan Malaikat untuk membantu manusia. Malaikat akan membisikkan
hal-hal kebenaran dan mengajak manusia membuat kebaikan. Maka terpulang kepada
setiap manusia untuk menentukan pilihan.
Walau bagaimanapun, umat Islam mampu melemahkan pengaruh
qorin dengan membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" (Basmalah) ketika
memulakan sebarang kerja, memperbanyakkan berzikir, melakukan kebaikan dan taat
dalam melaksanakan segala perintah ALLAH SWT. Secara tidak langsung, manusia
itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat - sifat tercela.
Qorin hanya akan terpisah dengan 'kembar'nya apabila
manusia itu meninggal dunia. Roh manusia ditempatkan di alam Barzakh, manakala
qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin memang panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari
Akhirat, kedua-duanya bakal dihadapkan ke hadapan ALLAH SWT untuk diadili dan
diperhitungkan.
No comments:
Post a Comment