Monday, June 10, 2013

Cinta Empat Isteri

serenemaklong.blogspot.com

Jalan kehidupan yang dilakar berpandukan perintah Allah akan membawa kepada kebahagiaan abadi. Jalan kehidupan yang dilakar berpandukan nafsu akan membawa kepada kebinasaan hakiki.

RAHMAD seorang hartawan. Justeru, tidak hairanlah bila dia mampu  beristeri empat. Harapannya ialah supaya dia mendapat layanan dan penjagaan sempurna ketika diri dihambat usia tua dan hilang upaya lantaran penyakit. 

Suatu hari Rahmad dikejarkan ke hospital akibat serangan angin ahmar. Keempat-empat isterinya turut bergegas ke sana. Masing-masing berebut-rebut menunjukkan keprihatinan.

Ketika hampir meninggal dunia, Rahmad memanggil isteri keempat yang sangat dicintainya dan memohon kepadanya, “Temankanlah Abang di alam kubur.”

“Hah!!! Sorry…sorry. Kalau setakat hospital ni, bolehlah. Mati bersama? Ho..ho..ho…tak!!! Tak mahu mati cepat!!!”Jawabnya  spontan.           

Kemudian Rahmad bertanya pula kepada isteri-isterinya yang lain. Isteri ketiga menjawab, “Sampai ke tanah perkuburan saja bolehlah.”

Rahmad merasa sungguh kecewa. “Bukankah Abang sudah beri bermacam kemewahan kepada kamu?”

Isteri kedua pula bersuara,”Saya doakan Abang diletakkan di kalangan orang-orang beriman.”

Ketika itu isteri pertama Rahmad mencelah, “Saya sanggup temankan ke mana saja Abang pergi. Hidup bersama, mati pun bersama.”

Moral Cerita:

Isteri keempat adalah harta dan kekayaan yang lazimnya amat dicintai. Ia  tidak membawa sebarang manfaat lagi sebaik sahaja nyawa bercerai daripada badan. Yang untung ialah para pewaris.

Isteri ketiga ialah rakan-rakan yang bersedia menghantar ke tanah perkuburan. 


Isteri kedua pula ialah keluarga yang mengirimkan pahala menerusi doa dan sedekah.

Isteri pertama adalah bekalan AMALAN selama hidup di dunia. Solat wajib dan sunat, puasa wajib dan sunat, sedekah dan zakat, ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam konteks hubungan dengan Allah (Habluminallah), dan segala bentuk ilmu dan kebaikan yang disebarkan kepada hamba Allah yang lain (Habluminnas).

Terserahlah pada diri masing-masing apa yang diinginkan. Kebaikan dunia semata-mata atau kebaikan dunia dan akhirat. 

No comments:

Post a Comment