serenemaklong.blogspot.com
ANDA sudah makan? Alhamdulillah. Ketika menjamah makanan,
pernahkah terfikirkan sesiapa? Mungkin, ahli keluarga dan sanak saudara? Sedang
kita leka menjamu selera, ramai saudara kita di Syria gugur sebagai syuhada
demi menyelamatkan keluarga, akidah dan negara.
Firman Allah SWT – Janganlah kamu mengira bahawa
orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi
Tuhannya dengan mendapat rezeki –
Ali Imran Ayat 169.
Malaysia Life Line For Syria,
sebuah NGO yang membawa misi bantuan, menganggarkan, sejak pertempuran meletus
pada Julai 2012, 94,000 rakyat Syria terbunuh, begitu juga 38,000 mangsa lagi
yang tidak dapat dikenal pasti identiti. Secara purata 5,000 orang mati setiap
bulan. Sebahagian besar membabitkan kanak-kanak, wargatua dan wanita.
Yang terselamat daripada menjadi
mangsa sembelihan tentera Basyar Al Asaad, lari meninggalkan kediaman
masing-masing sehelai sepinggang mencari perlindungan di tempat yang difikirkan
lebih selamat seperti di dalam lubang bawah tanah, ladang haiwan ternakan atau
di negara-negara yang bersimpati. Sakit akibat luka dan cedera ditanggung penuh
kepayahan.
Isu Syria sudah menjadi begitu
rumit, besar dan ganas. Setiap hari letupan kedengaran di sana sini tanpa
henti. Pejuang Syria dibantai dengan senjata berat (dan mungkin gas beracun)
tentera Basyar. Media Barat mengkhabarkan kononnya mereka menerima
bantuan Amerika Syarikat. Fitnah itu sengaja diada-adakan untuk memburukkan
imej pejuang dan mengabui mata dunia tentang taktik Amerika hendak masuk ke
Syria untuk menjaga kepentingan Israel di sana. Hakikatnya pejuang Syria berada
dalam keadaan amat daif, berjuang menggunakan senjata yang ditemui di medan
perang dengan peluru buatan sendiri.
Demi mempertahankan akidah,
mereka merampas kembali masjid di Aleppo yang sebelum ini dikuasai tentera
Basyar. Untuk sampai ke masjid itu mereka terpaksa bergerak dengan memecahkan
dinding-dinding rumah bagi mengelakkan peluru musuh.
Keadaan dalam masjid sungguh
menyedihkan. Botol-botol arak yang ditinggalkan tentera Basyar bertaburan di
sana sini, begitu juga Al Quran dan kita-kitab. Wanita-wanita Sunni yang telah
dirogol berkali-kali, terikat di tiang-tiang.
Kini keadaan pejuang semakin
tersepit bila Basyar menerima bantuan sekutunya, termasuk anggota
Hizbollat dari Lubnan dan Revolutionary Guards dari Iran. Pada 2006, Hizbollat
menerima pujian dari seluruh dunia kerana membantu tentera Islam di Lubnan.
Rupa-rupanya mereka mempunyai agenda lain. Topeng munafik mereka terdedah bila
mereka membunuh ramai umat Islam di Qusair.
Syria turut menjadi mangsa
percaturan politik dunia. Usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk campur
tangan telah kena veto kuasa-kuasa besar terutama Russia dan China. Hanya Qatar
dan Turki yang berusaha bersungguh-sungguh membantu pelarian Syria sedangkan
negara-negara Arab lain leka bersidang (“menghabiskan teh dan kuih aje”).
Atas nama saudara seakidah,
pemerintah Turki bermurah hati membelanjakan 500 juta Lira untuk menyambut
kedatangan pelarian Syria, meskipun menerima bantahan dari rakyat sendiri.
Pemerintahnya tidak mempedulikan pandangan dari negara lain apa lagi
kuasa-kuasa besar.
Muktamar
Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International
Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf
al-Qardhawi dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di
Istanbul, Turki telah mengeluarkan fatwa berikut:
.
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama bangkit dengan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Ini menunjukkan umat Islam wajib membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.
2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan sama ada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan rakyat Syria mendapat kemenangan kerana mereka berjihad melawan kezaliman regim Basyar.
3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.
4) Menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran adalah satu kewajipan. Para alim ulama dan juga pemikir Islam patut menyatakan sokongan. Haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman berlaku di Syria.
.
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama bangkit dengan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Ini menunjukkan umat Islam wajib membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.
2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan sama ada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan rakyat Syria mendapat kemenangan kerana mereka berjihad melawan kezaliman regim Basyar.
3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.
4) Menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran adalah satu kewajipan. Para alim ulama dan juga pemikir Islam patut menyatakan sokongan. Haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman berlaku di Syria.
5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di medan jihad, ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga ingin mengingatkan Tentera Pembebasan Syria bahawa tujuan jihad mereka ialah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara, bukan kerana lain.
Perkembangan di Syria kini
semakin tenat dan di luar kawalan. Ia bukan lagi isu politik tetapi isu
kemanusiaan. Atas dasar itu badan-badan NGO Malaysia mengadakan pertemuan
dengan Wisma Putra bagi meningkatkan bantuan kepada pelarian Syria yang berada
di pusat-pusat perlindungan di Turki (1.5 juta orang), Lubnan (1 juta), Afrika
Utara (lebih 300,000), di samping beberapa negara lain seperti Jordan, Iraq dan
juga Malaysia.
Dianggarkan pelarian Syria di
seluruh dunia memerlukan RM5.2 bilion. Yang dapat dijana oleh berbagai NGO antarabangsa
hanya RM1.4 bilion, termasuk RM810,000 derma kutipan NGO Malaysia.
Mereka
memerlukan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan, peralatan seperti
pinggan-mangkuk, periuk, cerek dan lain-lain, juga bahan-bahan pendidikan.
Pelarian Syria sedang berhadapan dengan maut akibat jangkitan kuman pada
luka-luka kecederaan, penyakit berjangkit dan penyakit
kronik.
14 Jun 2013 telah diisytiharkan
Hari Syria Sedunia. Rakyat Syria tidak patut dibiarkan bergelut menghadapi segala
kepayahan sendirian. Rakyat Malaysia sudah lama menikmati keamanan dan
kemakmuran. Kita harus sedar kemelut di sana merupakan tanggungjawab kita
juga. Rasulullah saw sendiri pun mahukan umatnya membantu saudara-saudara yang
dizalimi.
Anggota
NGO kita sanggup mati syahid di sana semata-mata untuk membantu saudara
seakidah. Kita di sini macam mana? Jom, kita eksportkan bantuan kemanusiaan dan
juga keamanan kepada pelarian Syria dengan menyumbang infak pada bulan penuh
barakah ini kepada:
Tabung
Gabungan Salam Syria
Akaun
Maybank - 5622 1820 7666.
www.facebook.MLL4S
No comments:
Post a Comment