serenemaklong.blogspot.com
SEBUAH majalah sains
terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyatakan sekumpulan ilmuwan pengkaji
tumbuhan telah berusaha mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian
tumbuhan tetapi tidak boleh didengar oleh telinga biasa.
Hampir 3 tahun meneliti, mereka berhasil menganalisis
denyutan suara tersebut sehingga menjadi
isyarat yang bersifat cahaya elektrik dengan sebuah alat canggih dinamakan Oscilloscope. Akhirnya para ilmuwan tersebut dapat menyaksikan denyutan
cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!!
Prof. William Brown yang mengetuai kumpulan pakar sains tersebut tidak menemui tafsiran ilmiah mengenainya. Beliau lantas menyerahkan hasil penelitian itu kepada universiti serta pusat kajian di Amerika juga Eropah, namun semuanya tidak mampu menafsirkannya.
Kemudian Prof. William Brown menyerahkannya pula kepada para pengkaji di Britain. Di antara mereka itu ada seorang ilmuwan Muslim berasal dari India. Setelah 5 hari mengkaji dan meneliti, para saintis bangsa Inggeris mengaku gagal.

Tetapi ilmuwan muslim tersebut berkata, “Kami umat Islam sudah
menafsir fenomena ini sejak 1,400 tahun yang lalu!”
Ilmuwan Inggeris yang hadir tersentak dengan kenyataannya dan meminta dia menunjukkan tafsir dan makna kejadian itu.Ilmuwan Muslim menyebut firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “…dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)
Mereka semua kehairanan apabila ilmuan Muslim menyatakan apa yang mereka lihat pada skrin di hadapan mereka itu sebenarnya merupakan suara denyutan halus lafaz jalalah (nama Allah Subhanahu wa Ta’ala).
Subhanallah, Maha Suci Allah! Ini hanya salah satu mukjizat daripada sebegitu banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Akhirnya Prof. William Brown pergi menemui ilmuwan Muslim
tersebut untuk membincangkan fenomena itu dan tentang agama yang dibawa oleh
seorang Nabi yang ummi (buta huruf) sebelum 1,400 tahun lalu. Selepas
penerangan yang panjang lebar, ilmuan Muslim itu menghadiahkannya sebuah
al-Qur`an dengan terjemahannya.
Selang beberapa hari selepas itu, Prof. William Brown mengadakan ceramah di Universiti Carnich, Miloun. Beliau mengatakan, “Selama 30 tahun bergiat dalam bidang ini, belum pernah saya melihat fenomena sedemikian rupa. Tiada siapapun dapat menafsirkan kejadian alam ini. Satu-satunya tafsir yang ada hanya boleh ditemui dalam Al-Qur`an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buat saya selain mengucapkan syahadatain: “Saya bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang haq melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”
Bila tumbuhan bertasbih, seorang ilmuwan tersedar daripada kelalaiannya lalu menyedari bahawa agama yang haq adalah Islam!

No comments:
Post a Comment