Sunday, June 30, 2013

Takut Sniper Atau Allah?

serenemaklong.blogspot.com



(Apabila singa Allah bertemu singa Allah yang lain dan mereka bersatu,terpancar kesucian pada muka mereka untuk gugur syahid ketika di medan perang. Allahuakbar!)

1 RAMADAN 1434, hari pertama umat Islam berpuasa. Ketika bersahur tadi tiba-tiba teringat kepada saudara-saudara di Syria.

Bagaimanakah keadaan mereka berpuasa ketika berdepan dengan segala kekurangan, kepayahan dan kebimbangan sekarang? Mereka yang mempunyai anak-anak tentu berasa amat sulit. Ditambah pula  ahli keluarga yang sakit dan cedera bahana serangan bersenjata.


Dalam saat-saat begini kita memang dahagakan berita sebenar dari medan perang, yang dilaporkan oleh pihak dipercayai, bukan media asing yang berkepentingan, dan dipetik pula oleh media tempatan yang beranggapan segala yang datang dari Barat itu benar, padahal kebanyakannya adalah fitnah.      


IKUT pengalaman jurufoto Malaysia Life Line for Syria,Saudara Syahid yang mengikuti misi kedua ke Syria baru-baru ini. Pautan FB beliau: http://www.facebook.com/oblind?fref=ts



ALEPPO memang dihantui sniper regim Basyar yang tidak berperikemanusiaan. Ada sahaja kelibat yang kelihatan dalam jarak sasaran semuanya dibunuh. Sniper itu dipercayai bersembunyi di atas bangunan tertinggi di Aleppo. Jadi kawasan sasaran mereka adalah sejauh mata memandang. Untuk mengelak dan mengurangkan jumlah kematian, benteng pasir didirikan.

Semasa berada di Old City of Aleppo, kawasan zon panas dan sangat berhampiran dengan zero-point (titik pertempuran antara FSA dan pihak regim), bunyi bedilan dan tembakan kedengaran setiap masa. 

Oleh kerana keberadaan sniper yang membahayakan nyawa, banyak lorong-lorong alternatif dihasilkan dengan menebuk dinding-dinding prasejarah di sana. Juga di beberapa tahap, kami terpaksa merentasi lorong pejalan kaki yang sangat terdedah di mana telah didirikan benteng pasir.

"Tour guide" kami ketika itu adalah seorang hafiz dan pengasas sebuah sekolah tahfiz iaitu Sheikh Muadz. Kami ketika itu berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga dan cemas. Beliau pula lebih banyak tersenyum dan bergurau. Mungkin untuk meredakan perasaan kami.

Satu ketika Sheikh Muadz mengarahkan saya untuk shoot bangunan yang dipercayai tempat sniper tersebut. Melihatkan saya yang agak cemas, beliau bisikkan sesuatu dalam bahasa Arab, yang saya dapat tangkap maksudnya,"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush!

Ketika ini memang saya terasa lebih rela di"snipe". Terasa kerdil diri dan malu sangat. It just a simple question but really make a big impact to me. Dan di masa yang sama saya sangat bersyukur dihadiahkan Allah "moment" tersebut untuk dikongsikan.


"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Ketika dalam keadaan peperangan seperti ini, memang lumrah manusia berada dalam keadaan cemas. Takut nyawa bakal melayang bila-bila masa. Masa ini kita mengingati dosa-dosa silam, merindukan orang-orang yang ditinggalkan, apa yang akan terjadi jika kita sudah tiada, hutang yang ditinggalkan, insan yang kita belum memohon maaf kepadanya.

"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush! Dush!

Bawa diri kita kembali ke masa kita berada dalam keadaan tenang. Tiada kesulitan, tiada kesusahan. Apa yang kita fikirkan? Pernahkah terlintas di fikiran ketika itu yang nyawa kita bakal direntap pada bila-bila masa?

Yang terfikir ialah untuk melakukan maksiat dengan harapan "lepas ni aku taubat balik", hanyut dalam kejahilan, selesa berada di dalamnya, merasakan akan ada "masa bonus" yang diberikan  sebelum nyawa dicabut. 

"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush! Dush! Dush!

Ramai di antara kita mengaku Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Tetapi berapa ramai yang mengaku ini benar-benar "merasa" Allah sedang melihat perbuatannya? Berapa ramai yang berasa takut kepada Allah melebihi segala-galanya?

Jadi "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" - Surah Ali Imran, 3:173

Syahid Öblind Rosley
010613
Aleepo, Syria


########################

Hujung Ramadan ini Malaysia Life Line for Syria akan sekali lagi membawa bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria. Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAMA : GABUNGAN SALAM SYRIA
DI MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment