serenemaklong.blogspot.com
ASTAGFIRULLAH
Sedih rasanya melihat gambar ini, mungkin mereka suka menyakiti dan menguliti kucing, tetapi mereka tidak tahu bahawa ada seorang wanita yang masuk neraka hanya kerana menyakiti kucing.
Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan menyendiri dan kelihatan khusyuk tidak akan membawa manfaat jika dia masih menyakiti kerabatnya, bersikap tidak baik kepada makhluk Allah yang lemah, meskipun terhadap makhluk yang tidak berakal.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (Muttafaq 'Alaih)
Inilah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati.
Ini menunjukkan kejamnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, dan tiada belas kasihan di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, nescaya dia melepaskan kucing itu.

Dikurung sepanjang siang dan malam, ia rasa haus dan lapar,
dengan suara yang pilu meminta pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang
dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Tetapi, hati wanita ini membatu, tidak
terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukannya. Suara itu
melemah, lalu terus menghilang. Kucing itu mati.
Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang
hatinya keras membatu. Perbuatan ini telah menyebabkan wanita itu dihantar ke
Neraka.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat kucing itu
memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran terguris di wajah
dan tubuhnya. Baginda melihat itu ketika
Syurga dan Neraka diperlihatkan kepadanya semasa sedang solat gerhana.
Allah memasukkan wanita tersebut ke dalam neraka kerana telah menzalimi makhlukNya dan tidak melaksanakan perintahNya supaya berbuat baik kepada makhluk lain.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إنَّ الله كَتَبَ الإحسّانَ على كُلِّ شيءٍ، فإذَا قَتَلْتُم فَأَحْسِنُوا القِتْلَة ، وإذا ذَبَحْتُم فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ ، وليُحِدَّ أحدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) ke atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihan kalian." (HR. Muslim)
Raihlah pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika enggan memberinya makan yang menjaganya, ia harus dilepaskan bebas di bumi Allah yang luas ini. Ia pasti mendapat makanan demi kelangsungan hidupnya. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga yang ditangkapnya.

No comments:
Post a Comment