serenemaklong.blogspot.com
SUATU hari al Imam Al Syafiiy duduk bermuzakarah dengan gurunya, pakar fiqh terbilang dalam mazhab Hanafi iaitu al Imam Muhammad bin Hasan al Syaibani.
Tiba-tiba datang seorang lelaki asing ke dalam masjid. Al
Syaibani bertanya kepada pelajar kesayangannya, “Pada hemat kamu apakah pekerjaan
hamba Allah itu?”
Syafiiy r.a menjawab, “Mungkin dia bekerja sebagai tukang
kayu.”
Al Syaibani berkata, “Aku merasakan dia seorang guru.”
Selepas bersolat, lelaki asing itu tampil ke hadapan dua orang tuan guru ini memperkenalkan dirinya,”Saya orang asing di Baghdad. Dulu saya bekerja sebagai tukang kayu di sebuah kampung terpencil. Saya amat menghargai ilmu lalu saya bertekad untuk mengubah kepada profession yang baru iaitu sebagai guru di sebuah sekolah di Baghdad yang telah dibangunkan oleh seorang saudara saya.”
(Petikan dari kitab Al Syafiiy oleh al Imam Abu Zahrah)
Subhanallah !!! Mereka mempunyai firasat (pandangan mata hati) yang tepat hasil dari riyadhah ruhaniyyah (pendidikan rohani yang konsisten dan mujahadah)
Ya, Allah kurniakanlah kami murabbi yang mursyid yang dapat menunjukkan kami ke jalan RedhaMu demi keselamatan dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment