Tahun ini merupakan tahun ke-11 Facebook merajai aplikasi sosial media di negara kita.
Dikatakan, di negara kita sudah ada 21.2 juta akaun telah dibina. Dan kita tersenarai antara negara paling aktif menggunakan medan itu untuk bersembang, bersosial, berinteraksi malah untuk memenuhkan poket sendiri.
Pada tahun 2006-2008, Wall Facebook digunakan sekadar untuk meluah perasaan. Maka bermulalah era menutup wajah para bos-bos, keluarga serta mana kawan-kawan yang tidak sekepala untuk dibantai hidup-hidup secara tikam belakang. Habis semua dicanang kemudiannya dijadikan pemuas hati setiap manusia.
Pada tahun 2009-2012, bermula era perniagaan yang dibawa ke dalam medan ini. Facebook dijadikan ruang untuk mendapatkan wang dengan mudah. Letak sahaja produk, harga serta detail. Maka rancaklah aktiviti kalian.

Apabila Page dibina oleh Facebook dan semakin lama semakin disukai, maka Facebook juga mengetatkan kawalan yang mana semua Page yang dibina perlu menggunakan FBAds untuk mendapatkan reach dan engagement.
Pada penghujung 2012, bermula era Viral. Era ini era ketakutan berlawan dengan era kehebatan. Siapa rakam, siapa dapat berita, siapa sebarkan paling awal, dia hero.
Peluang viral ini menjadi keseronokan buat sesiapa sahaja. Sama ada berita baik atau buruk, pakat nak kongsi dengan mudah. Lebih lagi jenis kaki rakam tak tentu hala.
Masih ingat kes Kiki Stering Lock? Cuba tonton kembali, ada berapa ramai jantan-jantan di sekitar tersebut, namun haram tak membantu.
Dan tiba-tiba perakam menjadi hero kerana berjaya mengaibkan Minah yang membuat salah ini dan diraikan kejayaan tersebut dengan caci maki dan menghina sampai ke keluarga dan keturunannya.
Dia buat satu kesalahan. Kita juga sedang berbuat benda yang sama.
Untuk merakam atau menulis sesuatu yang diniat nak diviralkan, kalian perlu tanam perkara ini:
1. Apa kesan positif dari menyebarkan keadaan tersebut. Jika lebih banyak negatif, elok fikir semula dan buang video atau tulisan tersebut.
2. Jika berhadapan dengan situasi yang sukar untuk mengubah suasana. Seperti makluman banjir, malapetaka, bencana, maka ia perlu disebarkan dengan segera. Pastikan maklumat yang mahu disebarkan itu lengkap dan terperinci supaya semua penduduk Facebook membaca dan memahaminya dengan jelas.
3. Jika ada kesalahan yang berlaku di hadapan mata, berani untuk tegur. Bukan rakam dan sebar. Jika pergaduhan berlaku akibat tegur, maka berundur dan terus ke balai polis.
4. Jika kalian berada dalam situasi tidak boleh berbuat apa-apa, contohnya melihat pergaduhan di jalan raya dan kedudukan kalian di dalam apartment, maka rakam dan sebarkan ke Facebook Polis secara PM Inbox terlebih dahulu sebelum terus ke media sosial
5. Ada kelebihan jika polis dan penguasa menyediakan nombor WhatsApp kepada orang awam untuk menyebarkan perkara buruk berlaku di kawasan sekitar. Ia mungkin membantu dengan lebih cepat perkara tidak elok daripada ia tersebar dahulu baru mahu selesaikan isu. Orang awam mungkin tak berani nak main-main mempergunakan nombor whatsapp tersebut kerana data pemilik telefon semuanya ada di dalam database.
6. Boleh untuk rakam sebagai bukti pengadilan di balai polis atau mahkamah. Namun bukan untuk sebar dan memalukan pesalah.
7. Jika kalian menulis untuk menjawab satu-satu isu yang ada kaitan dengan hidup kalian seperti penceraian, masalah keluarga, masalah hidup di tempat kerja dengan mengutuk dan menghina si polan dan si polan, dan perkara itu menjadi viral, kalian perlu tahu yang si polan itu boleh melawan di mahkamah walau di peringkat awal semasa kalian dibuli, kalian adalah mangsa keadaan. Cara yang betul ialah membuat laporan polis.
8. Jika kalian cuba untuk memburukkan produk, dengan mengambil gambar kemudiannya mengemas kini status di Facebook tanpa bukti kukuh, juga kalian boleh dicabar di mahkamah. Cara terbaik ialah buat aduan di kaunter pelanggan. Sekiranya tidak dilayan, terus ke tribunal pengguna.
9. Jika kalian ingin menulis surat terbuka. Ia perlu ditulis dengan kadar rasional yang tinggi. Kerana ia boleh jadi bahan bukti untuk melawan kalian kembali di mana-mana mahkamah jika ada ayat atau perkataan yang cuba dikaitkan dengan memberi malu kepada institusi / orang perseorangan tersebut.
10. Perakam yang merakam aksi kejahatan seperti penderaan kanak-kanak, wanita dan selalu berada dalam suasana jahat, perlu berani seperti dia berani semasa merakam untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
Walaupun ada banyak isu boleh diselesaikan dengan memviralkannya, namun jika kalian lihat, ia sememangnya bersifat positif. Jika ia ada unsur negatif, maka kalian perlu berundur.
Era ini merupakan era aib mengaib. Sekiranya kita tersilap, tergeser, tersalah sedikit, kita akan jadi mangsa buli siber yang cukup kejam.
Makanan mahal, up di Facebook.
Ada telur lalat di ayam goreng, up di Facebook.
Pekerja kurang ajar, up di Facebook.
Kereta baru beli ada problem, up di Facebook,
Maka kena sita dan dapat malu. Seeloknya, terus ke KPDNKK dan buat laporan, itu yang bagus. Ingat kawan, hari ini kita malukan mereka, boleh jadi nanti Tuhan pula malukan kita, atau keluarga kita sendiri dengan kesilapan kecil yang kita juga boleh lakukan.
Niat untuk memperbaiki keadaan perlu hadir dalam suasana menegur. Bukan memberi aib dan menghancurkan terus sebuah institusi.
Begitulah.
[Sumber: FB Khairul Hakimin Muhammad]

No comments:
Post a Comment