Tuesday, June 6, 2017

30 Menu Makanan Rohani Yang Lazat




·         . Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
·         Solat terawih minimum 8 rakaat setiap malam.
·         Solat Witir minimum 3 rakaat semalam
·         Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
·         Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari.
·         Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
·         Sunat dhuha setiap pagi.
·         Sedekah setiap hari minimum seRinggit.
·         Pastikan sahur setiap hari.
·         Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
·         Tadarus al Quran sambil berusaha memahami maksudnya.
·         Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
·         Kurangkan ziarah ke bazar ramadhan.
·         Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
·         Elakkan membeli makanan dari tangan orang yang fasik.
·         Jauhkan aktiviti yang lagha.
·         Zikir harian, banyakkan berdoa.
·         Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.
·         Ajar diri bersifat rendah hati kerana Allah.
·         Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
·         Menjaga dan menghubung silaturrahim
·         Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
·         Menjaga lisan, pandangan, pendengaran  dan hati dari perkara yang dilarang.
·         Tidak membazir makanan terutama juadah berbuka.
·         Perbanyakkan amalan sunat - solat sunat rawatib.
·         Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumahtangga (terutama suami dan anak-anak lelaki).
·         Kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
·         Lazimi lidah supaya sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
·         Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
·         Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
·         Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini Ramadhan terakhir.

No comments:

Post a Comment