Assalamualaikum tuan, betul ke jika kita tak solat sunat tarawih 20 rakaat maka kita tak akan dapat pahala tarawih? Sbb sy ada dengar seorang ustaz kata "sembahyang 8 rakaat, x dpt pahala tarawih..."
mohon penjelasan
Jawapan kami;
Seseorang yang mengerjakan beberapa rakaat terawih akan mendapat pahala sebahagian terawih sekalipun dia memang telah berniat dari awal untuk membataskan solat terawihnya sebanyak beberapa rakaat sahaja.
Disebutkan oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin al-Linggi;
"Dan yang zahir, bahawasanya mantuq umum (yang dituturkan secara umum) kalam Tuhfah (Tuhfah al-Muhtaj) dan Nihayah (Nihayah al-Muhtaj) dan lain daripada keduanya, mentasrihkan (menyebut secara jelas) dengan bahawasanya tiada beza pada mendapatkan pahala terawih dan harus iqtisar (meringkaskan terawih kepada beberapa rakaat sahaja) dan jikalau atas dua rakaat sekalipun dan jikalau berniat ia akan iqtisar atas keduanya pada permulaan sekalipun seperti barang yang ialah mafhum (yang difahami) daripada kalam mereka..."
"Bahawasanya Syeikh Ibn Hajar dalam Tuhfahnya (Tuhfah al-Muhtaj) dan Syeikh al-Ramli dalam Nihayahnya (Nihayah al-Muhtaj) dan Syeikh Ibn al-Qasim pada dua hasyiahnya dan Syeikh al-Rasyidi pada Hasyiah Nihayah dan Syeikh al-Madabighi dan Syeikh al-Bujairimi dan Syeikh al-Syarqawi dan Syeikh al-Syarwani dan Syeikh al-Basiri, berkata mereka itu dengan harus menyimpankan atas setengahnya (berpada dengan melakukan beberapa rakaat daripada keseluruhan bilangan terawih) dan dengan hasil pahala keadaannya daripada terawih (hasil juga pahala sebahagian terawih)."(Risalah al-Kasyf wa al-Tanfis 'an Ashab Sayyidi Ahmad Ibn Idris).
اليسع
Wallahu a'lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
No comments:
Post a Comment