Dari Abu Said Al-Khudri dari Nabi bersabda, “Ada seorang wanita bertubuh pendek dalam lingkungan Bani Israil. Dia berjalan di antara dua wanita bertubuh tinggi, maka wanita itu mengambil sepasang kaki palsu dari kayu dan sebuah cincin berongga yang bertutup untuk diisi dengan minyak wangi misk yang merupakan minyak wangi kasturi. Lalu dia berjalan di antara dua wanita yang bertubuh tinggi dan orang-orang tidak mengenalinya. Dia mengibaskan tangannya begini.” (Shahih Muslim)
Memakai kasut tumit tinggi tidak haram,tetapi jika memudaratkan pemakainya atau langkahnya untuk menarik perhatian dengan bunyinya,maka ia menjadi haram.Redhalah dengan fizikal yang Allah beri itu kerana ia lebih baik dari penampilan palsu.
Dalam hal minyak wangi yang dipakai ketika keluar rumah,berhati-hatilah. "Seorang perempuan yang mengenakan wangian lalu melewati sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pelacur.” (HR. An-Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ahmad).
Patuh pada suruhan nabi s.a.w. itu lebih baik dari mencari seribu alasan untuk mengharuskannya. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment