Friday, June 9, 2017
Jalan Hamba Mukmin
Semasa bersendirian dan di hadapan manusia, jauhi faktor penyebab si hamba terdinding dari rahmat Allah. Lazimi perkara-perkara berikut:
→Pelihara diri (nafsu) dan anggota badan.
→Redha dengan apa yang ada.
→Tabah menghadapi kekurangan.
→Setia terhadap janji.
→Perbanyak rukuk dan sujud.
→Mengamalkan sunnah
→Mencontohi ahli ibadat, ahli taubat dan hamba yang tawaduk.
→Miliki ilmu yang luas.
→Bersifat pemaaf dan berlapang dada.
→Suka membimbing si lalai, mengajar si bodoh.
→Tidak sakiti orang yang menyakitimu.
→Tidak campur urusan yang tidak perlu.
→Tidak suka melihat orang ditimpa musibah.
→Tidak kotori lidah dengan ghibah.
→Menyelaraskan perbuatan dengan ucapan.
→Berwajah ceria dan simpati, berhati mulia.
→Sibuk mengurus diri, bukan mengurus orang lain.
→Tekun beribadat, mencari ilmu dan mengusahakan peningkatan dan ketinggian.
→Sabar menghadapi kerenah manusia dan cabaran dari alam dan kehidupan.
→Mengasihi anak muda dan menghormati orang tua.
→Amanah dalam menunaikan sebarang amanah.
→Jauh dari sifat khianat.
→Bersederhana dalam perbelanjaan
→Suka membantu orang.
→Beribadah kerana takut dan inginkan redha Allah.
→Memelihara pandangan dan syahwat.
→Kata-katamu adalah hikmah.
→Pandanganmu kerana mengambil iktibar.
→Tidak berkeluh kesah,
→Tidak mendedahkan aib orang.
→Tidak hasad dengki
→Giat meraih sesuatu perkara yang paling tinggi.
→Sentiasa bertawakal kepada Allah.
J.O.M. Jalan Orang Mukmin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment