Tuesday, June 6, 2017

Kasihani Bidadari!


Perkongsian dari Ustaz Ebit Liew

Bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu.. Tunggu suami. Rasa sebak lak. Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya. Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak. Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. YaAllah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Ada baju malam. Ada baju berjalan. Ada baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa..ya Allah..ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat. Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas. Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem.
Saya terus sambung tengok bidadari saya ada iron bunga tu pada shawl 2muka. Ada buat sikit-sikit jual pada kawan dan bagi pada keluarga. Saya tolong buatkan semuanya. Sambil dengar ceramah guna ear phone. Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya. Ya Allah...
Bila bangun pagi sahur. Bidadari saya menangis kejut saya. Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah ceramah.
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Berusaha bahagiakan hati sayang buat Allah sayang abang. Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.
Walau mengantuk ada ceramah. Tapi begitulah bidadari saya setiap hari. Begitulah ibu saya. Begitulah semua isteri dan ibu diluar sana. Wahai suami jadilah suami atau anak lelaki yang bertimbangrasa.
Sedih ramai jumpa saya hari ini menangis. Ibu-ibu yang kena marah cuma kerana minta tolong buang sampah yang berat. Dari dapur ke depan rumah. Menjerit cuma minta tolong tengok anak sebab isteri nak solat. Minta tolong tengok ikan jangan hangit. Awak ni tak berhenti suruh saya. Awak ingat saya ni apa. Kenapa tak bagi saya berehat. Cuba tanya masa bila isteri atau ibu kita berehat? Tolonglah tanya. Tolonglah tengok. Tolonglah dengar. Bukalah hati. Nabi s.a.w. pesan agar apa yang kita ingin untuk diri kita. Kita inginkan untuk pasangan. Itulah mawaddara warahmah. Cinta dan kasih sayang-ebit lew

No comments:

Post a Comment