Friday, June 16, 2017

Masuk Syurga Kerana Ramadhan



Ini kisah dua saudara yang masuk Islam bersama-sama, lalu mendapat husnul khatimah, tetapi berbeza darjat disebabkan umur berbeza dan kerana Ramadhan.

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِىٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلاَمُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنَ الآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّىَ. قَالَ طَلْحَةُ فَرَأَيْتُ فِى الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنَ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِى تُوُفِّىَ الآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِى اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَىَّ فَقَالَ ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ. فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ « مِنْ أَىِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ » فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ « أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً ». قَالُوا بَلَى. قَالَ « وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَهُ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِى السَّنَةِ ». قَالُوا بَلَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ 

Dari Talhah bin ‘Ubaidillâh bahwa dua lelaki dari Baliy (cabang suku Qudhâ’ah-pen) datang kepada Rasûlullâh s.a.w. dan keduanya masuk Islam bersama-sama. 

Orang yang sangat giat beramal dari keduanya itu pergi berperang lalu mati syahid. Yang seorang lagi hidup setahun setelahnya, lalu meninggal dunia. 

Thalhah berkata, “Aku bermimpi aku sedang berada di pintu syurga. Aku melihat mereka berdua di sana. Tiba-tiba seseorang keluar dari dalam syurga, lalu mengizinkan orang yang mati terakhir dari keduanya (untuk masuk syurga lebih dahulu).

Kemudian dia keluar lagi dari syurga, lalu mengizinkan orang yang mati syahid (untuk masuk syurga). 

Lalu dia menemuiku dan berkata, “Kembalilah, kerana sesungguhnya belum datang waktu untukmu (boleh masuk syurga)”. 

Esoknya Thalhah menceritakan kepada orang-orang dan mereka kehairanan. Mereka menyampaikan cerita itu kepada Rasulullah s.a.w. 

Baginda bersabda, “Dari sisi mana kamu hairan?” Mereka menjawab, “Wahai Rasûlullâh,  ORANG YANG SATU INI LEBIH KUAT AMAL DARI YANG LAIN, LALU DIA JUGA MATI SYAHID, TETAPI ORANG YANG TERAKHIR (MATI) ITU MASUK SYURGA LEBIH DAHULU?”.

Maka Rasûlullâh s.a.w bersabda, “Bukankah dia (orang yang terakhir mati itu) masih hidup setahun setelahnya?” 

Mereka menjawab, “Ya”. 

Baginda bersabda lagi, “DAN (BUKANKAH) DIA TELAH MENEMUI BULAN RAMADHÂN LALU BERPUASA RAMADHÂN, DAN DIA TELAH MELAKUKAN SOLAT SEKIAN BANYAK SUJUD DI DALAM SETAHUN?” 

Mereka menjawab, “Ya”. 

Maka Rasûlullâh s.aw. bersabda, “JARAK ANTARA KEDUANYA LEBIH JAUH DARI JARAK ANTARA LANGIT DAN BUMI”. [ Riwayat Ibnu Mâjah. Dinilai sahih oleh al-Albâni di dalam Shahîh at-Targhîb wat Tarhîb, 3/314, no. 3366,]

No comments:

Post a Comment