Pada suatu hari tahun 2003, kira-kira jam 2:30 petang, Hasan Suyut pulang dari kerja dan terus duduk mengadap Atiq Wazif, anak sulungnya yang cerebral palsy.
Kedua beranak saling berpandangan, dan pandangan mata anak istimewa itu menterjemahkan kata-kata hatinya, seolah-olah mereka berdua sedang bermonolog:
"Bapak, kenapa murung je hari ni?"
"Bapak ada macam-macam masalah kat pejabat," Hasan menjawab dalam kepenatan.
"Bapak ada tangan yang boleh buat itu ini, ada kaki boleh pergi sana sini. Isteri cantik. Atiq hanya dok tergolek macam vegetable."
Hasan tersentak. Saat itu dia tiba-tiba tersedar mengapa Allah kurniakan Atiq Wazif kepadanya. Masa Atiq dalam kandungan dulu banyak benda pelik berlaku, seolah-olah Allah memberi isyarat, AKU BERI MELALUI KEHIDUPAN INI SEBAB AKU KASIHKAN KAMU.
Allah beri Atiq Wazif sebagai Perantara. Anak itu hanya tahu bergolek. Dia tidak perlukan duit Hasan tetapi dia perlukan Hasan.
Selama ini Hasan fikir dengan duit yang dia ada, dia boleh cari pakar terbaik untuk mengubati Atiq. Dia bergantung sepenuhnya kepada manusia. Dia lupa BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALLAH.
Sejak peristiwa monolog itu, Hasan berusaha memperbaiki kualiti ibadah solat fardhunya, lebih menghayati, lebih feel dan rasa hidup ini lebih berbaloi daripada sebelumnya. Walaupun dari segi kebendaan terasa kurang, tetapi nikmat hidup rasa tenang. Walau apapun kerja yang dibuat, dia selalu mengingatkan dirinya: YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN KETENTUAN YANG KAU ATUR."
Hasan kini lebih bersifat QANAAH, bersyukur dengan apa saja yang ada. Dia buat sendiri alat-alat keperluan Atiq menggunakan paip PVC dan melibatkan anak-anaknya yang lain. Walaupun senget tetapi rasa puas kerana itu hasil tangan mereka BERSAMA DAN BERJEMAAH. Meskipun susah tetapi HIDUP TERASA NIKMAT KERANA BERJEMAAH DALAM SEMUA KEADAAN SEADANYA.
Kini Hasan Suyut tidak lagi merintih, "Kenapa kami yang diuji dapat anak istimewa ini."
☆☆☆☆☆☆☆
PUSAT KECEMERLANGAN CEREBRAL PALSY (Excell CP) telah dibuka di Lot NW02-19, Cova Square, Jalan Teknologi PJU5, 47819 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama.
Sila hubungi:
Hp 017 992 5001 (En. Hasan Suyut).
No comments:
Post a Comment