Sunday, June 11, 2017

Pesanan Buat Bakal Haji


Saya ingin kongsikan pengalaman sewaktu mengerjakan haji  tahun 2013. Saya perhatikan semua jemaah dari Asia Tenggara termasuk Malaysia akan lalu di Terowong Al Moaisem. Maknanya jarak perjalanan dalam terowong ialah 2 kilometer SAHAJA. Saya percaya laluan itu masih kekal hingga sekarang.
Saya bersama isteri dan ibu mertua bergerak dari Maktab 95 berjalan santai sambil berdoa sehingga selesai melontar Jamratul Al Qubra (10 Zulhijjah) hanya mengambil masa 1 jam 05 minit sahaja sebelum bertahlul awal. Dalam terowong telah disediakan Walkalator atau Travelator bagi memudahkan jemaah jemaah.
Kepada semua jemaah yang akan mengerjakan haji pada tahun ini usah ada rasa takut dan gementar. Perbanyakkan doa agar segala pekerjaan kita dipermudahkan. 

[Maswan Adnan Ani]

⧫⧫⧫

Mereka yang bakal mengerjakan haji pada musim haji tahun ini, akan pergi ketika musim panas. Elok baca doa Nabi Ibrahim a.s., Surah Anbiya (Surah 21: 69, sebagai usaha agar tidak terkesan dengan cuaca panas tu, In Shaa Allah.

[Nor Amriah Andul Rahman]


⧫⧫⧫

Sentiasa pastikan "tag" yang diberikan oleh pengendali umrah sentiasa bersama anda. Ini dapat membantu:
1) Jika tersesat, anda dapat dibantu kerana informasi nombor mutawif dan nama hotel tertera pada "tag". Adalah lebih baik jika anda sendiri menambah nombor telefon lain dengan menggunakan "marker pen" pada "tag" tersebut kerana kadang-kadang mutawif terlalu sibuk atau "letih" dan tak dapat dihubungi bila keadaan memerlukan. 
2) Pihak berkuasa di Makkah atau Madinah kadang-kadang menangkap dan terus menghantar ke "Black Maria" sesiapa sahaja yang tidak memiliki pengenalan diri terutama dalam suasana politik terkini di rantau teluk. Keadaan akan bertambah rumit jika anda tidak memiliki telefon bimbit semasa ditangkap kerana amat sukar untuk menjejaki di mana kedudukan "Black Maria" apabila anda ditangkap. Kejadian ini pernah berlaku pada jemaah Malaysia, mujurlah ada rakan Indonesia (juga ditangkap) yang kebetulan boleh menghubungi rakannya yang mengenali mutawif agensi beliau.
Semoga perkongsian ini dimanfaatkan.
[Saipolyazan M. Yusop]
⧫⧫⧫
Jika pergi melontar, semasa balik, jangan turun ikut *tangga bergerak* jika nampak ada satu pekan kecil di bawahnya kerana bila turun, tak ada lagi laluan untuk naik ke atas. Ramai juga jemaah terkena sebab menyangka bila turun, boleh naik semula. Tangga itu untuk turun sahaja. Bila dah turun ada yang cuba cari jalan lain nak balik ke Maktab masing-masing di Mina menyebabkan tersesat..berhati-hatilah.
[Idzahar Idris]


No comments:

Post a Comment