Sunday, June 11, 2017

Penilaian Manusia vs Penilaian Allah




Pada pagi itu ramai pelanggan nampak Atuk Mat bertongkat masuk ke dalam kedai runcit dan membeli mee segera. Fikiran masing-masing membuat andaian sendiri:

1. Tak puasakah dia?

2. Beli untuk cucunya kot.

3. Makan macam ni tak bagus untuk kesihatan.

4. Sedihnya. Agaknya itu saja yang dia mampu. Makanan lain mahal. Tapi mee segera pun mahal          jugak


5. Aku bukan tak nak tolong. Orang masjid kan ada. Merekalah yang patut ambil tahu hal susah payah anak kariah.

9. Lembaga Zakat kutip berjuta. Patutnya gunalah duit tu untuk bantu orang daif macam Atuk ni.

10. Hal orang tua ni kalau aku viralkan, tentu dapat banyak likes.



.... and the list goes on and on...


➽Kesimpulan:

Manusia menilai manusia mengikut akal dan emosi.

Allah SWT menilai manusia menerusi rasa tawaduk dan taqwanya sendiri.

No comments:

Post a Comment