Friday, June 30, 2017

Buat Baik Pada Orang Untuk Diri Sendiri



Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu oleh pemiliknya. Ketika mengecat, dia menemui sebuah lubang kecil di lambung perahu, lalu diam-diam ditampalnya. Selesai kerja mengecat, dia terima upahnya dan pergi.

Tidak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.

Tukang cat (terkejut): Upah sudah dibayar.

Pemilik Perahu: Ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana awak sudah menampal satu lubang di lambung perahuku.

Tukang cat: Ah, itu kan cuma hal kecil. Tak perlu beri saya duit sebanyak ini. 

Pemilik Perahu: Ketika saya minta awak mengecat perahu itu, saya lupa beritahu tentang lubang tersebut. Bila cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan perahu itu. Mereka tak tahu tentang lubang itu, Saya tak ada di rumah waktu mereka pergi. Bila saya balik dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat risau kerana saya tahu perahu itu bocor. Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat. Lalu saya dapati awak dah tampal lambung yang bocor itu. Awak telah menyelamatkan anak-anak saya. Yang sudah awak lakukan bukan hal kecil. Duit itu tidak bernilai untuk membayar kebaikan awak.

➤Ibrah

Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yang ditemui. Kita tidak akan pernah tahu bila bantuan itu bermanfaat. Kita tidak akan tahu bila PERBUATAN BAIK kita berbuah, tapi IA PASTI AKAN BERBUAH.

Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri. Jadilah penerang bagi orang lain. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik, apalagi Allah S.W.T.

Nasihat Si Tua Untuk Si Muda



Pemuda: "Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah"

Pakcik: "Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar"

Pemuda: "Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja"

Pakcik: "Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?"

Pemuda: "Hmmm...."

Pakcik: "Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.

Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no 3, no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak...."

Pemuda: "Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?"

Pakcik: "Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. 

Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu. 

Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.

Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah dan belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. 

Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. 

Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.

Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati"

Pemuda: "Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?"

Pakcik: "Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. 

Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. 

Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. 

Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.

Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah. 

Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. 

Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al Quran setiap hari. 

In Syaa Allah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat"

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya.

 Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar. 

Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid. 

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan istiqamah membaca Al Quran.

[Sumber: FB Ahmad Ezry

Hidup Bertuhan




Juruterbang pesawat yang mengalami masalah teknikal itu sedar beliau hanya makhluk ciptaan Tuhan yang terbatas kemampuannya. Kerana itu dia meminta para penumpangnya berdoa dan memohon pertolongan kepada Maha Pencipta ketika berpatah balik ke lapangan terbang dari mana ia berlepas. Dengan izin-Nya pesawat berjaya mendarat dengan selamat.
Ini berbeza dari sikap Kapten Kapal Titanic yang mengatakan 'Not Even God Can Sink It!'.
Antara manusia yang angkuh adalah tatkala di ambang bahaya dia masih enggan memohon doa dan bertaubat kepada Allah.
"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu selalu tidak berterima kasih."
(Surah Al-Isra ayat 67)

Monday, June 26, 2017

Pesanan Buat Yang Bergelar Bapa




1.  Anak tunggal selalunya lambat cakap.
2.  Anak perempuan cakap banyak 3 kali berbanding lelaki.
3.  Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka.
4.  Anak lelaki suka "physical touch" dengan bapak. Contoh, main ultraman, pergi ke padang. Kalau 
     anak lelaki tidak dapat physical touch,  dia jadi suka bergaduh dengan adik beradiknya.
5.  Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina "bonding" antara anak dan 
     ibu bapa.
6.  Anak-anak pun stres sebab tak keluar rumah. Oleh itu cuba cari masa bawa anak keluar dari 
    rumah.
7.  Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal).
8.  Anak lelaki mempunyai potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh 
     kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang 
     basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skil mereka.
9.  Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan 
     berbahasa yang baik.
10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam 
     banyak hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, 
     kemahiran interpersonal yang baik.

Atiq Wazif - Pencetus Kecemerlangan Insan Cerebral Palsy




Pada suatu hari tahun 2003, kira-kira jam 2:30 petang, Hasan Suyut pulang dari kerja dan terus duduk mengadap Atiq Wazif, anak sulungnya yang cerebral palsy.

Kedua beranak saling berpandangan, dan pandangan mata anak istimewa itu menterjemahkan kata-kata hatinya, seolah-olah mereka berdua sedang bermonolog:

"Bapak, kenapa murung je hari ni?"

"Bapak ada macam-macam masalah kat pejabat," Hasan menjawab dalam kepenatan.

"Bapak ada tangan yang boleh buat itu ini, ada kaki boleh pergi sana sini. Isteri cantik. Atiq hanya dok tergolek macam vegetable."

Hasan tersentak. Saat itu dia tiba-tiba tersedar mengapa Allah kurniakan Atiq Wazif kepadanya. Masa Atiq dalam kandungan dulu banyak benda pelik berlaku, seolah-olah Allah memberi isyarat, AKU BERI MELALUI KEHIDUPAN INI SEBAB AKU KASIHKAN KAMU.

Allah beri Atiq Wazif sebagai Perantara. Anak itu hanya tahu bergolek. Dia tidak perlukan duit Hasan tetapi dia perlukan Hasan.

Selama ini Hasan fikir dengan duit yang dia ada, dia boleh cari pakar terbaik untuk mengubati Atiq. Dia bergantung sepenuhnya kepada manusia. Dia lupa BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALLAH.

Sejak peristiwa monolog itu, Hasan berusaha memperbaiki kualiti ibadah solat fardhunya, lebih menghayati, lebih feel dan rasa hidup ini lebih berbaloi daripada sebelumnya. Walaupun dari segi kebendaan terasa kurang, tetapi nikmat hidup rasa tenang. Walau apapun kerja yang dibuat, dia selalu mengingatkan dirinya: YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN KETENTUAN YANG KAU ATUR."

Hasan kini lebih bersifat QANAAH, bersyukur dengan apa saja yang ada. Dia buat sendiri alat-alat keperluan Atiq menggunakan paip PVC dan melibatkan anak-anaknya yang lain. Walaupun senget tetapi rasa puas kerana itu hasil tangan mereka BERSAMA DAN BERJEMAAH. Meskipun susah tetapi HIDUP TERASA NIKMAT KERANA BERJEMAAH DALAM SEMUA KEADAAN SEADANYA.

Kini Hasan Suyut tidak lagi merintih, "Kenapa kami yang diuji dapat anak istimewa ini."

☆☆☆☆☆☆☆

PUSAT KECEMERLANGAN CEREBRAL PALSY (Excell CP) telah dibuka di Lot NW02-19, Cova Square, Jalan Teknologi PJU5, 47819 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Sila hubungi:

Hp 017 992 5001 (En. Hasan Suyut).

Takbir Hari Raya



Lafaz Takbir Raya

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Eid Mubarak - Taqabbal minna wa minkum



'Eid Mubarak dan Salam Idulfitri diucapkan kepada semua kerabat alam nyata dan juga alam maya, walau di mana pun kalian berada.

Mohon maaf dipinta jika ada hati yang terguris kerana tulisan dan pertuturan.

Ketika kita diulit kegembiraan, keberadaan dan kemewahan menyambut Syawal, jeling-jelinglah di sekitar kita akan insan-insan faqir yang berdiam diri dan malu meminta-minta namun sangat memerlukan apa jua bantuan. Hulurkanlah apa yang termampu. Sentiasa berusaha untuk menjadi tangan yang di atas.

Meskipun Universiti Ramadhan telah menutup pintu, tetapi pengajaran yang diberinya tetapi tersemat di hati dan terus diamalkan selagi bernafas. Biiznillah.

تقبل الله منا ومنكم
.
Semoga puasa dan segala kebaikan yang kita lakukan diterima sebagai amal soleh, dan Allah SWT kurniakan kita sifat TAQWA. Aamiin.

Tuesday, June 20, 2017

Mitos Mengenai Makanan Dan Minuman



MITOS 1: MEE SEGERA
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
JAWAPAN:
Bahaya mee segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkn kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
MITOS 2: SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
JAWAPAN:
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakn perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin. The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif. Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yg tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalu mkn slalu… Hihi.
MITOS 3: MINUMAN 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
JAWAPAN:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam² la dpt penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yg manis². Kurangkn manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
MITOS 4: PANADOL
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikkan bersama….. infomasikesihatan
JAWAPAN:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dose yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu2 mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang skali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan circulate di media social khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata pandol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Medtweetmy

Wanita Solehah Perhiasan Dunia Terbaik


Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati suaminya, di akhirat kelak dia akan diundang masuk ke syurga berdasarkan pintu mana yang dia suka (sesuai dengan pilihannya),” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani).

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” [H.R. Muslim]

Monday, June 19, 2017

Perintah Allah Dalam Al Quran



Perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Al Qur’an untuk kehidupan manusia sehari-hari:*
1.  *Jangan berkvata kasar* (QS 3 – Ali Imran : 159)
2.   Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)
3.   Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)
4.  *Jangan sombong dan arogan* (QS 7 – Al A’raaf : 13)
5.   Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)
6.  *Berbicaralah dengan nada halus* (QS 20 – Thaahaa : 44)
7.  *Rendahkanlah suaramu* (QS 31 - Luqman : 19)
8.   Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)
9.   *Berbaktilah pada orang tua* (QS 17 – Al Israa’ : 23)
10. *Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua* (QS 17 – Al Israa’ : 23)
11. Jangan memasuki kamar pribadi orang tua tanpa ijin (QS 24 – An Nuur : 58)
12. *Catatlah hutang-hutangmu* (QS 2 – Al Baqarah : 282)
13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)
14.  Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesulitan (QS 2 – Al 
       Baqarah : 280)
15. *Jangan makan riba’/membungakan uang* (QS 2 – Al Baqarah : l
16.  Jangan melakukan penyuapan (QS 2 – Al Baqarah : 188)
17.  Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)
18.  Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)
19.  Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)
20.   Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)
21.  Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)
22.  *Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga* (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
23.  Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)
24.  Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)
25.  Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)
26.  Jangan memboroskan harta dengan semena-mena (QS 4 – An Nisaa’ : 29)
27.  Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)
28.  Hindari prasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
29.  Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)
30.  Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)
31.  *Gunakan harta untuk kegiatan sosial* (QS 57 – Al Hadid : 7)
32.  *Biasakan memberi makan orang miskin* (QS 107 – Al Maa’uun : 3)
33.   Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)
34.   Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)
35.   Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)
36.   Hormatilah tamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)
37.   Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)
38.   Jangan berbuat kerusakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)
39.   Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)
40.   Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)
41.   Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)
42.   Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)
43.  Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)
44.  Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)
45.  Jangan melakukan hubungan badan saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)
46.  Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)
47.  Jauhilah hubungan badan diluar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)
48.  Choose rulers by their merit Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)
49.  Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)
50.  Jangan mau dipecah belah (QS 3 – Ali Imran : 103)
51.  Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)
52.  Lelaki maupun wanita mendapat imbalan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)
53.  Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)
54.  Keluarga harus di-imami oleh seorang laki-laki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)
55.  Jangan pelit (QS 4 – An Nisaa’ : 37)
56.  Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)
57.  Jangan saling membunuh (QS 4 – An Nisaa’ : 92)
58.  Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)
59.  Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
60.  Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)
61.  Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran (QS 6 – Al An’aam : 116)
62.  Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)
63.  Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)
64.  Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)
65.  Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)
66.  Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
67.  Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)
68.  Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)
69.  Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)
70.  Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)
71.  Kenakanlah pakaian yang bagus saat shalat (QS 7 – Al A’raaf : 31)
72.  Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)
73.  Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)
74.  Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)
75.  Allah mengampuni orang yang berbuat dosa karena ketidak-tahuan (QS 16 – An Nahl : 119)
76.  Berseru kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)
77.  Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)
78.  Jangan membunuh anak-anakmu karena takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)
79.  Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengtahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 
       36)
80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)
81.  Jangan memasuki rumah orang lain tanpa ijin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)
82.  Allah menjamin imbalan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An 
      Nuur : 55)
83.  Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)
84.  Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)
85.  Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)
86.  Jangan terlibat dalam homosexualitas (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)
87.  Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar (QS 31 - Luqman : 17)
88.  Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)
89.  Wanita dilarang memamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)
90.  Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)
91.  Jangan berputus asa akan ampunan Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)
92.  Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)
93.  Selesaikan pesoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)
94.  Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)
95.  Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam) (QS 57 – Al Hadid : 27)
96.  Allah akan meninggikan derajat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)
97.  Perlakukan non-Muslim dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)
98.  Hindari diri dari kekikiran (QS 64 – At Taghaabun : 16)
99.  Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al 
       Muzzammil : 20)
💯. Jangan menghardik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

Shadaqallahul adzim, Maha Benar Allah dengan segala FirmanNya...

[Sumber: Pondok Habib]

Sunday, June 18, 2017

AY Zulfarhan - Jangan Biarkan Matinya Sia-sia



Kalaulah syaitan boleh dilihat, tentu nampak dia ketawa besar dan puas kerana berjaya membuatkan "kawan-kawan baik" mendera dan akhirnya menyebabkan kematian seorang keturunan Nabi Adam, semata-mata kerana percayakan "ramalan" bomoh yang berdamping dengannya.
Mempercayai ramalan bomoh itu perbuatan syirik. Ditambah pula dengan penderaan dan kematian. "Triple whack" ke atas nilai kemanusiaan.
Syaitan memang bijak melaga-lagakan manusia. Dendam Syaitan ke atas keturunan Adam tak pernah surut, malah semakin rancak di Akhir Zaman.

"....Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Surah Yasiin ayat 60).


Dari FB Mohd Nor Hafiz Suratman
Kematian 3rd degree burn bukan disebabkan arwah tak tahan sakit terbakar, sebab 3rd degree burn segala lapisan kulit dah habis, nerve2 ending atau sakit dah takde lagi.
Generally, arwah dah tak rasa sakit lagi lepas terbakar, mungkin hanya rasa sakit di bahagian ending margin kulit yang tak sepenuhnya 3rd degree burned. Yang sakit lepas terbakar hanya first dan second degree saja.
Kematian 3rd degree disebabkan oleh kehilangan fluid badan dari vessel2 yang dah damaged yang akan lead pada shock dan sangat mudah terkene infection disebabkan lapisan kulit dah takde lagi.
infection atau especially shocked akan lead pada organ failure dan lain2. Protective barrier semua dah hilang.
Fluid resuscitation adalah treatment utama dalam burn treatment, tu pun untuk below 25% total body surface area.


Kita classify burn melalui Rule Of Nine. Atas 30% tbsa boleh sebabkan kematian kalau tak dirawat apatah lagi arwah terbakar lebih 80% tbsa. Selalunya skin grafting akan mula dibuat untuk 3rd degree dan fluid resus.
Wajib dihantar ke hospital secepat2 mungkin sebab kadar kematian sangat tinggi. Tapi dibiarkan berhari2 tanpa sebarang treatment!
Kebodohan pembunuh2 ni disebabkan dorang tak hantar arwah ke hospital secepat mungkin.
Moga masa menunggu tali gantung tu, harap bertaubat. Ada masa lagi Tuhan beri peluang.
Alfatihah untuk arwah zulfarhan, dan takziah untuk keluarga dan darah daging beliau. Saya sangat terkesan dengan kes ni.

Buli




Hilangnya modal insan untuk masa depan di tangan manusia yang tiada perikemanusiaan.
Ini dunia realiti di mana yang dibuli akan mati. Bukan dunia maya cybergames yang mereka hadam setiap hari.
Jangan biar mangsa mati sia-sia. Mesti dibendung menerusi kaedah, perancangan dan kerjasama semua golongan masyarakat.

Berikut adalah pendapat seorang pakar tentang BULI:


Definisi:
Buli adalah satu tingkah laku agresif yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas seorang atau sekumpulan individu (mangsa) dengan tujuan untuk mencedarakan mangsa itu sama ada fizikal atau emosi. Lazimnya, buli adalah satu tingkah laku yang dilakukan secara berulang (repetitive) untuk tempoh yang tertentu.
Jenis Buli:
Ramai yang menganggap buli adalah berbentuk fizikal sahaja seperti memukul, menendang, menampar dsb. Sebenarya buli boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:
i.   Buli secara fizikal (Physical bullying)
ii.  Buli secara verbal (Verbal bullying)
iii. Buli secara social (Social bullying)
iv. Buli siber (Cyberbullying)
Secara ringkasnya, contoh tingkah laku untuk setiap buli adalah seperti berikut:
Buli fizikal - memukul, menendang, menampar, mencubit atau mana-mana perbuatan yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal
Buli verbal - panggilan nama (name calling), komen-komen yang boleh menyakitkan mangsa, mengusik, mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa, memalukan mangsa secara lisan
Buli sosial - selalunya dilakukan di belakang mangsa (covert behaviour) seperti menyebarkan berita yang tidak betul tentang mangsa demi memalukan mangsa, mendiskriminasikan mangsa (tidak membenarkan untuk menyertai dalam permainan dsb)
Cyberbully - membuli seseorang individu atas talian seperti media sosial dan sebagainya.
Satu lagi bentuk buli adalah secara seksual. ia dikait rapat dengan gangguan seksual di mana pembuli membuli mangsa secara seksual seperti memegang alat sulit mangsa, meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian di hadapan orang lain, melakukan aksi lucah di hadapan mangsa dsb.
Mengapa orang membuli?
i. Individu yang suka membuli adalah individu yang mempunyai kurang keyakinan diri dan juga penghargaan kendiri. Sebenarnya mereka adalah individu yang lemah dan untuk mengatasi dirinya adalah seorang lemah, mereka akan mencari jalan alternatif untuk nampak lebih yakin dan buli adalah satu cara yang membuatkan mereka adalah individu yang kuat - penghargaan kendiri yang palsu
ii. Individu ini sering dikaitkan dengan masalah pengherotan kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapan bahawa mereka perlu mengkasari orang lain dan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka menganggap mereka adalah kuat dan orang lain tidak akan membuli mereka. Mereka sentiasa beranggapan bahawa 'kalau saya tidak membuli orang lain, orang lain akan membuli saya. 

iii. Individu-individu ini adalah mereka yang mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa. Mungkin cara mereka dibesarkan menjadi salah satu faktor mengapa mereka mempunyai tahap simpati dan empati yang rendah.
iv. Mereka mempunyai tingkah laku anti-sosial. Anti sosial adalah satu tingkah laku di mana mereka suka membuat atau menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan norma termasuklah melanggar undang-undang. Individu yang beringkah laku anti-sosial mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan jenayah-jenayah ekstrim termasuklah pembunuhan.
v. Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully).
vi. Faktor kekeluargaan - lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini. Sebagai contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuklah memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahkan konsep ini apabila berada di luar rumah. Mereka akan 'membalas dendam' dan menganggap itu adalah satu norma untuk menghukum orang lain (mangsa).
Bagaimana buli ini bermula?
Buli bermula daripada perkara yang kecil seperti memanggil nama atau mengejek nama mangsa. Itu adalah petanda awal bahawa seorang kanak-kanak itu mula menunjukkan tingkah laku membuli.
TOLONG JANGAN PANDANG REMEH SEKIRANYA ANAK ANDA SUKA MENGEJEK NAMA KAWANNNYA! Mungkin ada di antara kita (ibubapa, guru dan rakan-rakan) menganggap itu adalah perkara biasa tetapi di situlah tingkah laku membuli bermula dan akan ke tahap yang lebih teruk termasuk buli fizikal sekiranya pembuli itu mempunyai tret-tret yang diutarakan tadi.
Kadangkala, tingkah laku buli ini juga bermula dari rumah. Kita sebagai orang dewasa sering melabel seseorang dengan kata-kata yang tidak betul. Sebagai contohnya, seorang ibu atau ayah boleh melabelkan kawannya sebagai gajah sekiranya mangsa itu bersaiz besar. Apabila seorang ayah menggunapakai label gajah di hadapan anaknya, secara tidak langsung ayah itu telah mengajar anaknya untuk menunjukkan tingkah laku membuli dan anak boleh menggunakan pendekatan yang sama di luar rumah.
Simptom-simptom anak kita jadi mangsa buli di sekolah:
a. Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan kadangkala gembira)
b. Tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah (sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana beliau sering dibuli)
c. Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli)
d. Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu rehat)
e. Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul)
f. Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sangat rendah
g. Prestasi akademik merosot
h. Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja sekolah kawannya)
i. Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli secara seksual)
j. Mencederakan diri
Apa yang kita perlu buat untuk menangani isu buli?
a. ibu bapa - Pergi melawat anak anda di sekolah dan berjumpa dengan guru kelas secara berkala walaupun anak anda sedang belajar di Form 5. Sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat, anak anda akan berasa lebih yakin dan pembuli akan teragak-agak untuk membuli anak anda. Seterusnya, sila luangkan masa selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk tanya apa yang telah berlaku di sekolah sebaik sahaja anak balik dari rumah. Sekiranya anak anda teragak-agak, sila bawa anak anda ke luar dan bincang hati ke hati. Sila meyakinkan anak anda bahawa anda mampu membantu mereka dan jangan sesekali marah, menuduh atau menyalahkan anak anda sekiranya mereka dibuli. Sekiranya anda marah, mereka tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku pada mereka dengan anda.
b. Guru - guru perlu memainkan peranan penting. Saya tahu ada guru yang 'compromise' dengan isu buli ini. Ada juga yang terikut-ikut dengan tingkah laku membuli kononnya dapat menjadikan individu itu lebih berani dan lebih maskulin. Jangan menganggap apabila seseorang atau sekumpulan individu membuli seorang pelajar yang bersifat lembut, ia adalah untuk menjadikan lelaki itu lebih berani dan sebagainya. Anda sebenarnya bersubahat!!! Satu lagi, sekiranya anda mendapat tahu ada pelajar membuli walaupun 'name calling', tolong ambil tindakan pantas. Sama juga sekiranya ada mangsa membuat laporan kepada anda, tolong ambil tindakan. Jangan menganggap itu adalah perkara biasa di sekolah lelaki dan sebagainya.
c. rakan sekolah - kepada pelajar-pelajar di luar sana, anda adalah satu 'support team' yang boleh membanteras isu buli ini. Sekiranya anda nampak kawan atau pelajar sekolah anda dibuli oleh sekumpulan pelajar, minta buat laporan. Jangan berdiri sekeliling dan menonton aksi buli tersebut. Adakah anda akan terus senyap sekiranya adik anda menjadi mangsa buli? tolong ambil tindakan. Kalau anda semua bersatu, kita boleh melahirkan sekolah yang 'ZERO BULLY'.
d. Pihak sekolah - Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah yang mengadakan kempen 'ZERO BULLY' di sekolah anda. Anda boleh menjemput pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala. Pastikan ceramah yang diberikan adalah efisien dan sampai kepada pelajar sekolah. Jangan buat ceramah setakat nak capai KPI tapi keberkesananya adalah ZERO.
Kepada semua yang sedang membaca artikel ini, marilah kita berganding bahu untuk membanteras isu buli ini. Buli ini boleh berlaku di mana-mana sahaja - sekolah, universiti, tempat kerja, rumah dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu bertindak segera. Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua-dua permata Mendiang T. Nhaveen dan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Saya dedicate artikel ini untuk kedua-dua permata
Al fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain
Rest in peace my dear brother T.Nhaveen
Sekian, terima kasih
Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin 
Pakar Kriminologi, UKM   



Doa Nabi Adalah Doa Cinta




Hadis Mu’az bin Jabal ( رضي الله عنه) bahawa antara doa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) ialah,
‹‹اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ .
أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ ››

Allahumma ya Allah! Daku sungguh memohon kepada-Mu agar mudah melakukan perbuatan baik, mudah meninggalkan segala yang mungkar, agar mencintai si miskin. Dan agar Engkau mengampunkan dosaku dan memberiku rahmat kasih sayang. Jika Engkau bermaksud mendatangkan bencana atau bala terhadap sesuatu kaum, baiklah matikanlah aku dalam keadaan terhindar dari bala tersebut.

Kurnialah daku kemanisan mencintai-Mu, mencintai mereka yang mencintai-Mu dan mencintai amal ibadat yang mendekatkan diriku utk mencitai-Mu’ (HR. Imam Tirmizi).


Seterusnya baginda dalam Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad menjelaskan,
‹‹ إِنَّهَا حَقٌّ فَادْرُسُوهَا ثُمَّ تَعَلَّمُوهَا ››
Hal ini sungguh benar; kamu perlu mempelajari doa ini. kemudian mengajarkannya.






[Ustaz Ahmad Asri Lubis]