Saturday, February 6, 2016
Wanita Jepun Tutup Mulut Masa Ketawa
Mengapa wanita Jepun menutup mulut ketika mereka ketawa? Al kisahnya, pada Zaman Edo (1603-1868), semua wanita yang telah berkahwin, dimestikan menghitamkan gigi bagi menunjukkan status mereka. Oleh kerana budaya ini, kebanyakan wanita Jepun berasa malu dengan gigi hitam itu terutama iika mereka ketawa. Kerena itu mereka biasa menutup mulut dengan tangan semasa ketawa. Adat ini telah diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Walapun budaya ini tidak diamalkan lagi sekarang, wanita Jepun masih lagi mengamalkannya. Ia dianggap sesuatu yang sopan untuk dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment