Wednesday, February 10, 2016
Amalan Syurga Dan Neraka
Jika seseorang yang dapat berbuat taat, maka hendaklah dia bersyukur kerana Allah yang memberinya kekuatan (QUWWAH) kepadanya melakukan ketaatan itu. Jangan berbangga dengan amalannya kerana kekuatan dan kesanggupan melakukan taat adalah dengan izin Allah.Jika seseorang lain dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat, itu semua adalah ISHMAH (perlindungan) daripada Allah.
Daripada Abi Abdirrahman Abdillah bin Mas’ud r.a. berkata, “Sesungguhnya salah seorang daripada kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya satu hasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka hingga dia memasukinya. Dan salah seorang antara kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya sehasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga hingga dia memasukinya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment