Wednesday, February 3, 2016
Timeline Hidup
[Foto: Bahagian Dakwah, JAKIM]
Iman hanya Allah yang tahu.Kita lihat si polan itu begitu dan begini. Pernah kita bertanya diri kita, "Apa yg Allah lebihkan kepadanya berbanding kita?" Kerana setiap ciptaan-Nya ada kelebihan dan ada kekurangan. Adakah kita nampak setiap itu ciptaan Allah, termasuk apa yang dituliskan di sini? Menurut seorang rakan FB bernama Mohd Nizam, belum pernah dalam sejarah FB, manusia menulis perkara yang baik kerana kebanyakan yang dikatakan baik itu berlaku khilaf. Sudah semestinya apa yg dinyatakan baik hanya pada sangkaan melainkan ia diamalkan dan difahami berdasarkan petunjuk-Nya.
Mohd Nizam menyarankan, adalah wajar bagi mereka yang menyangka amal baik yang dilakukan diFB itu melihat berbagai sudut yang berkaitan hati dan pencipta hati. Sebagai contoh: Kita bercerita mengenai hutang. Kita beri berbagai dalil-Nya untuk menjelaskan betapa pentingnya membayar hutang. Kita beri berbagai doa untuk orang yang berhutang sedangkan hakikat beramal itu ialah dengan perbuatan yang mencerminkan akhlak sebenar,bukan sahaja kepada penghutang, tetapi juga pemberi hutang. Jika tidak dibendung, umat Islam pasti membenci sesama sendiri sekiranya penghutang itu miskin sedangkan pemberi hutang pula kaya dan mampu menghalalkan hutang tersebut.Kita perlu ingat, berdakwah perlu kepada taqwa dan tidak boleh berkata sesuatu sehinggalah kita dapat membezakan benang putih dan benang hitam di dalam bilik yang gelap. Kerana, ilmu tanpa petunjuk-Nya akan menambahkan lagi kerosakan jika tidak difahami dengan kebijaksanaan yang hanya datang dari sisi-Nya.
Jika kita mahu berkata sesuatu, cubalah duduk dalam keadaan yang kita katakan itu dari semua sudut agar tidak menyinggung perasaan. Kekadang TANPA kita sedari yang tersinggung itu Wali Allah, lalu habislah hidup kita di dunia nyata, sedangkan Allah berikan petunjuk melalui FB. Org yang kata akan mati,serta merta Dia matikan setelah kita berkata tanpa petunjuk-Nya taqwa. Adakah kita berdoa kepada-Nya sebelum menyatakan apa yang mahu didakwahkan ketika berFB? Adakah Dia beri petunjuk-Nya dengan mendatangkan rahmat-Nya ketika berFB? Adakah kita sedar rahmat yang Allah perlihatkan itu bukan sekadar berdakwah mengikut hawa nafsu akan tetapi sebenarnya bertaqwa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment