Tuesday, February 9, 2016
Redha Dengan Qadak dan Qadar
Pengalaman 10 tahun Hasan Suyut, Pengarah Pusat Kecemerlangan Cerebral Palsy – Excell CP ketika mendepani masalah Cerebral Palsy yang dihadapi anaknya Atiq Wazif. Baginya setiap yang Allah atur dalam hidup kita adalah kerana Dia sayangkan kita. Jangan mengeluh dan merintih, ‘Kenapa aku diuji macam ni? Kenapa tak orang lain?’ Jika kata-kata itu menjurus kepada menyalahkan Allah yang menyebabkan dia berada dalam kesusahan, itu boleh menyebabkan terungkainya syahadah. Nauzubillah min zalik.Nampak mudah dan remeh tetapi berat akibatnya!
Hakikatnya, semua orang diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Itulah cara Dia MENGUATKAN ROHANI DAN JASMANI HAMBA-NYA. Bila kita faham dengan kehendak QADAK(pelaksanaan ), QADAR (ketentuan), dan kita hadapinya dengan mengikut jalan yang Dia tunjukkan, kita pasti akan mendapat HIKMAH dan NIKMAT pada hujung pencarian. Jangan mengalah dan putus asa bila berhadapan masalah. Usah salahkan orang lain, berasa tidak sabar dan bersangka buruk dengan Allah. Belajar menjaga IBADAH FARDU dengan sungguh-sungguh. Lakukannya dengan RASA KASIH SAYANG KEPADA ALLAH. Hidup dalam qanaah (rasa serba cukup) dan berikan masa berkualiti kepada KELUARGA KERANA MEREKALAH HARTA KITA YANG SANGAT BERNILAI. BUKAN DUIT.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Amat menarik sekali akan perihal orang yang beriman, sesungguhnya semua perkara yang berkaitan dirinya adalah baik baginya, dan tidaklah perkara ini berlaku melainkan hanya kepada yang yang beriman. Sekiranya dia mendapat kenikmatan maka dia bersyukur dan itu adalah kebaikan buatnya. Apabila dia ditimpa kemudaratan lalu dia bersabar dan itu juga adalah kebaikan baginya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Begitulah pandangan hamba kepada Penciptanya yang bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang). Dia redha dengan apa juga datang, BERSABAR dengan musibah dan BERSYUKUR dengan nikmat. Setiap yang berlaku pada diri, keluarga, harta, masyarakat dan malah dunia, semuanya mengandungi hikmah tersendiri. Itu rahsia Allah yang tiada siapa mampu merungkainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment