Monday, February 1, 2016
Pemuda Al Qasam - Ashabul Kahfi Zaman Ini
Kehebatan pemuda terowong dan 7 persamaan mereka dengan pemuda Ashaabul Kahfi: 1- Mereka semua adalah para pemuda berumur bawah 25 tahun إنهم فتية. Mereka semua adalah golongan yang beriman آمنوا بربهم وزدناهم هدى. Bilangan mereka sama ramai ويقولون سبعة. Kerja yang luar biasa (mereka sanggup menggali terowong 25 meter di bawah permukaan bumi) كانوا من آياتنا عجبا .Memmpunyai ikatan hati yang sangat kuat di kalangan mereka وربطنا على قلوبهم. Sentiasa berdoa dan bertawakkal فقالوا ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيء لنا من أمرنا رشدا. Sama matlamat iaitu Memelihara agama dan aqidah:وإذ اعتزلتموهم وما يعبدون إلا الله.
Semoga Allah himpunkan kita bersama-sama para syuhada yang sezaman dengan kita di tempat dan masa yang Allah tetapkan.
Saat hiba pimpinan Hamas menyempurnakan solat jenazah ke atas 7 orang syuhada' yang terkorban dalam terowong Gaza demi kesinambungan hidup dan perjuangan 1.8 juta rakyat Palestin yang dikepung regim Zionis di Semenanjung Gaza.Foto kiriman dari Gaza.
Pemergian yang ditangisi walaupun hakikatnya mereka gembira. "Jangan sesekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Surah Ali Imran ayat 169).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment