Tuesday, July 7, 2015
Perihal Jin
Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. Apabila Allah S.W.T. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka ingkar. Allah S.W.T. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
Makanannya dari api (asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin, tahu tak? Tempat tinggal Jin ialah di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur. Apabila ingin buang air ketika dalam perjalanan (contohnya, jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!
Sebenarnya Jin tidak mengetahui hal alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang mengaku tahu menilik nasib, sah, itu pembohong!!! Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ pada waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah). Jin suka tinggal di rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap tetapi belum didiami. Oleh itu sebelum menghuni rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selepas 3 hari. Tidak perlu tepung tawar. orang melayu suka sangat menepung tawar !!! Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya). [Kuliah Ustaz Haji Ismail Kamus]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment