Thursday, July 30, 2015
Dua Sahabat Kontra
Di dalam hati setiap manusia terdapat dua sahabat.Sahabat pertama adalah malaikat yang selalu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang benar. Barangsiapa yang menemukannya maka pujilah Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran di atas kurniaan itu.
Sahabat kedua, syaitan selalu datang mengajarkan keburukan dan mendustakan yang benar. Barangsiapa yang terkandas dengan keadaan ini, segeralah bermohon perlindungan kepada Allah S.W.T. Syaitan selalu menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan mengajarkan sifat kikir. Padahal Allah sentiasa menjanjikan yang benar jika patuh dengan perintah dan larangan Nya. Allah S.W.T. memberi keampunan dan kehidupan yang tenang kerana zat Allah S.W.T. Maha luas sedangkan ikhtiar syaitan selalu menyesatkan dalam serba kesempitan.
Syaitan berjalan di dalam darah dan daging manusia, membelenggu hati mereka. Yang mampu menyingkirkan gangguan syaitan dari hati manusia adalah dengan kekuatan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketika mendengar bacaan zikrullah syaitan berlari keluar dari tubuh manusia. Namun apabila lalai dari zikrullah begitu mudah ia akan kembali menghuni di tubuh manusia dengan bisikan-bisikan jahat.
Allah berfirman:
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ
أَلا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
---"Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi. " (Surah Al Mujaadalah ayat 19).
Dikisahkan Amr ibnu Al-‘Ash berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Syaitan selalu menghalangi saya solat dan membaca Al Quran".Lalu Baginda menerangkan:"Itulah syaitan. Jika engkau merasakannya maka segera bermohonlah perlindungan kepada Allah dengan ta’awudz dan meludah ke arah kiri 3 kali." Beberapa hari kemudian Amr kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata dia telah melaksanakan ajaran tersebut dan Allah menghilangkan gangguan syaitan darinya.[Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment