Friday, July 17, 2015
Kasihan Shafiyah Si Puteri Yahudi
MALAM itu, seseorang mengelilingi khemah Rasulullah dengan pedang terhunus. Nabi sama sekali tidak mengetahuinya. Setelah waktu subuh tiba, beliau melihat gerak gerik orang itu, yang tidak lain adalah Aba Ayub, sahabatnya. “Kenapa kau wahai, Aba Ayub?” tanya nabi.
“Ya Rasulullah, aku khuatir akan keselamatanmu. Bukankah tuan baru saja membunuh orang tua, suami, dan sanak saudara Shafiyah? Dan Shafiyah juga baru saja masuk agama kita,” jawab Aba Ayub cemas sambil mendekati nabi. “Allahumma. Jagalah Aba Ayub sebagaimana dia telah menjagaku,” doa nabi untuk sahabatnya.
Setelah rombongan Rasulullah tiba di Madinah, Shafiyah tidak diajak serta ke rumah nabi. Dia ditempatkan pada keluarga Ansar bernama Haritsah bin Nu’man. Wanita Ansar datang berbondong-bondong melihat kecantikannya. Tidak lama kemudian, nabi membawa isteri barunya, Shafiyah ke rumah baginda. Kesulitan baru muncul. Semua isteri Rasulullah menjauhinya. Mereka tidak dapat menerima Shafiyah kerana dia keturunan Yahudi. Shafiyah berusaha memperbaiki sikapnya, namun keramahannya tidak membawa perubahan dalam sikap mereka. Suatu hari Rasulullah melihat Shafiyah menangis. Nabi menanyakan sebabnya. Terpaksa Shafiyah mengadukan masalahnya kepada suaminya disertai esak tangis, “Aku mendengar Aisyah dan Hafsah bercakap tentangku. Mereka lebih baik dariku kerana mereka puteri sahabat-sahabat Rasulullah.
“Mengapa tidak kau katakana, bahawa aku lebih baik dari kamu kerana ayahku Harun, bapa saudaraku Musa dan suamiku Muhammad s.a.w,” jawab Rasul menasihati isterinya. Sejak itu, setiap ada yang mengganggunya dengan ungkapan seperti itu, ia selalu menjawab dengan apa yang diajarkan Rasulullah sehingga tidak ada lagi yang berani mengolok-olokkannya. Mereka tahu ucapan itu berasal dari Rasulullah.
Rasulullah lazimnya mengundi isteri yang akan menemaninya dalam perjalanan. Suatu ketika undian jatuh pada Shafiyah dan Zainab. Dalam perjalanan, unta Shafiyah sakit. Rasul meminta Zainab meminjamkan untanya pada Shafiyah. Tetapi Zainab tidak sudi meminjamkan untanya kerana Shafiyah keturunan Yahudi. Jawapan Zainab membuat Rasulullah marah. Sebagai hukuman, beliau tidak mendekati Zainab selama tiga bulan. Begitulah. Rasulullah selalu membela Shafiyah sampai akhir hayat.
Ketika Rasulullah gering dan dikelilingi isteri-isteri, Shafiyah berkata, “Ya Rasullullah, seandainya apa yang engkau rasakan dapat berpindah ke dalam tubuhku.” Semua yang hadir saling pandang. Rasulullah boleh mengagak perasaan dalam dada isterinya itu lalu berkata kepada isteri-isteri yang lain.“Kalian sakit hati? Demi Allah, Shafiyah jujur dengan ucapannya itu,” kata Rasulullah. Setelah Rasulullah wafat, Shafiyah kehilangan pelindung. Kaum Muslimin tidak pernah melupakan keturunannya, keIslaman dan kedudukannya sebagai ummul mukminin tidak mampu menolongnya. Kasihan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment