Wednesday, July 1, 2015
Dari Bosnia Ke Makkah
Senad Hadzic, 47 tahun, berjalan kaki meninggalkan tanahairnya, Bosnia pada Disember 2011 menuju Makkah demi menunaikan fardu haji, rukun Islam yang kelima. Perjalanannya mengambil masa 314 hari dan meliputi 5,700 kilometer. Dia tiba di Makkah selepas melintasi tujuh negara iaitu Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi sambil menggalas beg seberat 20 kilogram. Dia memaklumkan kemajuannya menerusi Facebook, dan menyebarkan gambar kad masuk/keluar khusus bagi orang asing yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri Syria. Dia masuk ke Syria yang sedang bergolak pada April dan berjalan sejauh 500 kilometer selama 11 hari. Dia lalu menerusi Aleppo dan Damsyik dan melewati banyak pusat kawalan yang dikuasai oleh kumpulan pro-kerajaan Basyar dan juga pasukan mujahiddin. Dia tidak pernah ditahan walaupun di sebuah pusat kawalan, seorang anggota tentera Basyar menyuruh Hadzic mengeluarkan barangan dalam beg galasnya. Hadzic menunjukkan al Quran dan menjelaskan bahawa dia sedang menuju ke Makkah untuk fardu haji dengan berjalan kaki. Dia melakukan semua itu demi Allah, Islam, Bosnia-Hercegovina, dan keluarganya. Allah yang mengilhamkan dia melalui mimpi supaya berjalan menerusi Syria berbanding Iraq. Dalam perjalanan itu Hadzic berhadapan suhu dari sifar 35 Celsius di Bulgaria hingga 44 Celsius di Jordan. Ketika di Istanbul dia terpaksa menunggu beberapa minggu untuk mendapatkan keizinan berjalan kaki melintasi Jambatan Bosphorus dan dua bulan di sempadan di antara Jordan dan Arab Saudi untuk mendapatkan visa masuk. [Sumber: The Deen Show]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment