Friday, July 24, 2015
Hadis Palsu - Cerita Si Penglipur Lara
Ramai yang hairan,"Kenapa Hadis Palsu mudah tersebar?!" Para ulama menyebut antara sebabnya ialah ia disebarkan oleh Tukang Cerita, penceramah atau Qussas.Para penglipur lara yang mencari rezeki melalui bercerita dengan menyandarkan cerita mereka kepada Rasulullah s.a.w. Contohnya seperti hadis, “Sesiapa yang mengucapkan kalimah---لا اله الا الله,
---maka Allah akan menciptakan untuknya bagi setiap perkataan seekor burung yang mempunyai muncung daripada emas dan bulunya daripada permata mutiara.” Salah seorang dari mereka dikenali sebagai Maisarah bin Abd Rabbah. Beliau ditanyakan dari manakah diambil hadis ini?
Jawabnya: “Aku menciptakannya untuk menggalakkan manusia kepadanya.” Semoga Allah berikan kita kefahaman yang benar dan mudah menerima nasihat atau teguran bila dimaklumkan tentang kepalsuan sesebuah hadis. [Ustaz Dr Abu Anas Madani]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment