Friday, July 17, 2015
Assobiyyah - Bukan Kalangan Umat Muhammad
Nabi s.a.w. tidak mengaku umatnya dari kalangan mereka yang ASSOBIYYAH. Termasuk dalam golongan ini adalah sifat perkauman, kenegerian, kesukuan, kebangsaan, mementingkan taraf kedudukan kekeluargaan, pendidikan dan status sosial, juga ketaksuban kepada pemimpin tertentu berbanding pemimpin yang lain, perbezaan fahaman politik, dan sebagainya. Perbuatan Assobiyyah juga melibatkan kata-kata fitnah, penghinaan dan cemuhan yang dilemparkan oleh satu golongan kepada golongan yang lain,contoh cacian terhadap para penjawat awam yang menjalankan tugas penguatkuasaan YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA OLEH PIHAK BERKUASA DAN JUGA DEMI TUNTUTAN ALLAH KE ATAS MEREKA, semata-mata kerana menjaga keamanan, seperti anggota keselamatan, polis, JPJ dan sebagainya. Mereka yang mencemuh dan dicemuh itu umumnya terdiri dari saudara seakidah. Keadaan lebih tenat bila perasaan Assobiyyah turut membabitkan golongan beragama lain.
Assobiyyah merupakan sifat pilih kasih dan berat sebelah dalam sesuatu perkara, memberikan hak kepada orang yang tidak berhak.Sifat begini seringkali mencetuskan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Ini semua adalah usaha syaitan yang memang tidak sukakan perpaduan dan keamanan. Sengaja dibisikkannya api kemarahan dan menutup laluan musyawarah dan penyatuan. Sebenarnya yang dibolehkan hanyalah ketaksuban kepada agama Allah semata-mata. Hanya ini yang dapat menyatukan hati-hati manusia untuk hidup dalam kesejahteraan. DAN AGAMA ISLAM BUKAN MILIK KAUM TERTENTU SAHAJA. IA ADALAH MILIK SELURUH UMAT YANG BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SEMATA-MATA.
Sabda Baginda, “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada assobiyyah atau membantu Assobiyyah maka dia mati dalam JAHILIYYAH.” - HR Muslim dari Jundab ibn Abdillah al-Bajali. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Assobiyyah ialah membantu kaum atau bangsa sendiri melakukan kezaliman iaitu syirik dan maksiat. Menjawab pertanyaan Wathilah bin Al-Asqa. "Apakah yang dimaksudkan dengan assobiyyah?", Baginda s.a.w. menjawab: "Kamu menolong kaummu atas kezaliman". "Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada 'Assobiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas Assobiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas Assobiyyah. (HR Abu Daud).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment