Friday, July 24, 2015
Nasihat Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
"Teman-teman di alam maya, saya ingin berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja di medan ini, usahlah kita mengulas, memposting, menshare, memberi komen, bertengkar dan apa sahaja yang kita tiada ilmu padanya, semua itu akan menyebabkan kita tersangkut di padang mahsyar kala mana di soal di padang yang tiada pertolongan kecuali diri kita seorang sahaja nanti.. saya lihat betapa ramai dikalangan kita ia merasa dirinya 'bijak'segala galanya, merasakan dirinya 'pimpinan gerakan Islam', merasakan dirinyalah 'presiden parti Islam', merasakan ia pakar ekonomi, merasakan dirinya 'pakar ilmu hadith', pakar segala ilmu, sedangkan ia hanya seorang yang terlalu jauh dari itu.. dia hanya ditimpa penyakit 'syok sendiri'..bacalah ayat ini..
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
---"Dan janganlah engkau mengikut (bercakap, menulis) apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan dipertanggungjawab tentang apa yang dilakukannya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment