Friday, July 24, 2015
Khasiat Kacang Tanah
Kacang tanah, nama botaninya Arachis hypogea L, merupakan sejenis tanaman tropika yang memerlukan tanah gembur dan berpasir, kerana kacang yang terbentuk di dalam tanah akan mudah menembusi tanah yang sedemikian. Jika buah yang masih muda terkena cahaya, proses kematangan bijinya terganggu. Ia tumbuh secara perdu setinggi 30 hingga 50 sm dan mengeluarkan daun-daun kecil. Tanaman yang subur mengambil masa 4 hingga 5 bulan sebelum boleh dituai, dan boleh menghasilkan lebih kurang 30 biji kacang.
Kacang tanah disajikan dalam keadaan direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan dan berbagai cara lagi. Kacang tanah kaya dengan lemak, mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus, vitamin A, K, lesitin, kolin, kalsium juga mengandungi Omega 3 dan Omega 9. Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih. [Zawidatul Asma Zainuddin]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment