serenemaklong.blogspot.com
Bila manusia tergilakan wang,
Harun Mat Hassan jadi beruang.
Dicipta skim untuk cepat kaya,
Kasino Hibah diberi nama.
Dipamernya duit di sini sana,
Ramai melabur kerana terpesona.
Bila Kasino Hibah mula rebah,
Taktik Harun ikut berubah,
Kononnya dia tuhan pengganti Allah.
Pelabur hilang wang,
Pengikut runtuh akidah.
Bila keadaan semakin panas,
Haiwan terjerat bertindak ganas.
Inilah hakikat akhir zaman,
Yang baik kembali ke sisi Tuhan,
Tinggal yang jahat menerima balasan,
di atas tiap-tiap perbuatan.
No comments:
Post a Comment