Friday, November 22, 2013

Perbaiki Diri

serenemaklong.blogspot.com
Dalam menjalani kehidupan, sebaik-baik insan ialah yang terus menerus mencari cara memperbaiki diri di segi amalan kepada Allah dan memperbaiki akhlak dalam hubungan sesama insan. Imam as Syafi'i berpesan: "Air yang bergerak sentiasa bersih dan segar, air yang hanya bertakung mudah menjadi kotor dan berbau." Contohnya, Syeikh Cubbali Ahmed, pendakwah kontemporari terkenal di Turki, memuhasabahkan diri dengan membina kuburnya sendiri. Beliau mendatangi kubur itu dengan keinsafan yang tinggi. Beliau membaca al-Quran untuk dirinya yang masih hidup sambil menitiskan air mata membayangkan "jenazahnya" diusung dan ditinggalkan keseorangan di situ dan mengenangkan bekalan yang akan dibawanya. Walaupun kita tidak tahu di mana dan bila kita akan mati, kubur yang kita ziarahi akan menjadi muhasabah terbaik buat diri. Ingatan kepada mati menyebabkan kita merasa masa yang ada terlalu sedikit berbanding amalan yang patut dibuat. Bukankah Allah telah berfirman: " Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta, anak-pinak, pangkat dan pengaruh) sehingga kamu masuk kubur." AT-TAKATSUR ayat 1-2.

No comments:

Post a Comment