Tuesday, November 19, 2013
Anak Tidak Mahu Keluar Tandas
serenemaklong.blogspot.com
Sebuah keluarga menghantar anak mereka ke sebuah tadika agama Islam. Suatu hari si anak masuk ke tandas di rumahnya. Lama sangat dia di dalam tandas itu dan tidak keluar-keluar. Maka si ayah menyuruh si ibu pergi melihat apa yang terjadi kepada si anak. Rupa-rupanya si anak terlupa macam mana hendak baca doa keluar tandas. Dia bertanya pada ibu tetapi ibunya tidak tahu. Ibu bertanya pada si ayah, namun ayah juga tidak tahu.
Si ayah menyuruh dia keluar sahaja tanpa membaca doa keluar tandas. Kata si anak, jika keluar tandas tanpa baca doa, nanti kita akan keluar bersama syaitan. Maka runsinglah si ibu dan si ayah. Ayah menyuruh ibu menelefon ustazah di tadika untuk bertanyakan doa keluar tandas dengan perasaan yang sangat malu.
Akibat daripada peristiwa ini si ibu dan si ayah merasa amat terkesan dan mula mengambil inisiatif untuk pergi belajar agama.
Wallahu'alam.
(Sumber: Ustaz Ahmad bin Shadan Al Hadrami)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment