Tuesday, November 12, 2013

Di Sempadan Hidup Dan Mati

serenemaklong.blogspot.com
”Jangan tinggalkan orang yang sedang koma bersendirian. Bacakan al-Quran atau Surah Yasin di sisinya. Dia seperti orang yang sedang nazak. Ajarkan dia kalimah yang sentiasa merangsang ingatannya kepada Allah. Walaupun seluruh pancainderanya sudah tidak berperanan, tetapi dia masih mendengar apa yang dibacakan kepadanya. Setiap orang akan melalui detik yang sangat menakutkan iaitu berada di sempadan antara hidup dan mati (sakaratul maut). Bagaimanakah jika sampainya saat itu nanti, kita tidak mempunyai bekalan yang cukup? Dengan apa kita hendak hadapi detik cemas bertarung dengan hasutan syaitan dan iblis yang hadir di depan kita sedangkan iman kita nipis bagai kulit bawang? Dalam masa yang sama, kesakitan mula merayap di seluruh saraf, sendi dan ruas tulang. Seluruh tubuh rasa sakit luar biasa, bagai disiat dan dikelar dengan kepanasan amat tinggi. Oleh itu, sebelum sampai saat ketentuan tersebut, tingkatkanlah amal soleh, solat, membaca al-Quran, sedekah dsb. In sya Allah, dengan rahmat-Nya, Dia akan menolong kita ketika berada di garis sempadan antara hidup dan mati itu." (Pengalaman Encik Sohibul Fadhil seperti yang diceritakannya kepada A&Q isu 14)

No comments:

Post a Comment