Wednesday, November 6, 2013
Dalami Ilmu Agamamu
serenemaklong.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim.
"Setiap yang hidup akan merasai mati. Kematian membawa natijah baik atau buruk atau juga kedua-duanya sekali, bergantung kepada ketetapan-Nya."
SEORANG lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam dia menunggu, tidak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang bersalin menuju ke arahnya.
"Bagaimana keadaannya, doktor?" Tanyanya penuh harap.
"Maaf, encik. Kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana, doktor?"
"Kami tak mungkin berupaya menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata-kata.
"Maaf, encik, setiap saat amat berharga. Tolong buat pilihan segera!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang bersalin. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
------------ --------- --------- --------- ---------
INI ADALAH SALAH SATU CONTOH bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Dalam keadaan serba salah lelaki itu tidak sempat hendak memastikan agama doktor tadi. Dia menyerahkan sepenuhnya kepada doktor itu.
Bagi seorang doktor beragama Kristian/Katolik, dia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, dia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-dua adalah pilihan yang sukar, tetapi itulah jalan terakhir dan muktamad.
Mengapa boleh berlaku sedemikian?
Dalam ajaran Kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa. Doktrin ini dikenal dengan nama "dosa waris" atau "dosa asal". Bagi pengikut Kristian, manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya dia harus mengikuti seorang penyelamat iaitu penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).
Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir. dia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan bagi tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu kerana dia tidak bimbang pada bayi yang memang akan masuk syurga. Bila ibu terselamat, setelah sihat kembali, in sya Allah akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti anak yang lebih baik dan soleh.
Bagi anak yang tidak sempat diselamatkan, biarlah dia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.
Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman terhadap ajaran agama yang dianuti akan menentukan jalan hidup kita. Amat penting bagi orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor Muslim.
Kita sering berhadapan dengan pilihan yang sukar, melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya perbanyakkan muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia dan di akhirat. Aamiin!!!
PERHATIAN: Sila baca pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan kematian bayi bernama Mary dan hidayah yang diterima oleh sepupunya, Jonathan (halaman 170 – 176) dalam DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMAMU, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment