Friday, November 29, 2013
Aurat Ketika Bersalin
Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa:
1. Sejak dari awal disahkan hamil, jaga aurat ketika pemeriksaan dilakukan.
2. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
3. MENTAATI perintah Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
4. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.
Dalam keadaan isteri sedang SAKIT sangat, hilang punca, dan tidak boleh berfikir maka:
1. SUAMI mesti memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa juga keadaan. Amatlah mengecewakan jika suami sendiri tidak mampu bertegas dalam membuat pilihan (merujuk kepada keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).
2. Pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Janganlah bila masuk wad semuanya terbang. Tudung tidak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya. Ingatlah kadang-kadang ada juga staf dan petugas makanan lelaki keluar masuk wad.
3. WAJIB bagi MAHRAM turut bersama ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.
Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA:
1. NIAT- Niatkan dari AWAL, walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA – ISTIQAMAH berdoa semoga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, imbas baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar Muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN – In sya Allah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTI DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita dan maruah suami.
P/S: Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bertaubat dan muhasabah diri. In sya Allah DIA murah dengan keampunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment