Tuesday, November 12, 2013
Penghuni Syurga, Bantu Sahabatmu
serenemaklong.blogspot.com
Diriwayatkan bahawa : Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat yang selalu bersama sewaktu di Dunia dahulu. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia yang solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyakkanlah sahabat mukminmu kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku di Syurga nanti bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dengan Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah, aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat Kepada Syariat-Mu.Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.
Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga dan jalan-jalan kebaikan.
WAHAI SAHABATKU, JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU ...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI.
(Sumber: Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment