Sunday, November 24, 2013
Janin
Sungguh ajaib Ciptaan Allah S.W.T. Mustahil maanusia boleh menandingi-Nya. Sejak dalam rahim apabila ditiupkan roh dalam umur kandungan 4-5 bulan ia berjanji akan menyembah Allah. Tetapi hakikatnya setelah lahir kebanyakan akan kufur dan sedikit sahaja yang beriman kepada Allah.
Allah kurniakan janin deria pendengaran pada umur kandungan 7 bulan. Ketika itu ibu dan bapa sudah mula mengajar al-Quran. Malah bayi boleh mendengar segala ajaran, bunyi-bunyian dan perbualan di sekitarnya. Tentukan ibu dan bapa bercakap secara lunak, main muzik yang nyaman, ajar matematik dan berbagai-bagai bahasa sejak dalam rahim.
Bayi paling aktif waktu malam. Sebaiknya rangsangan bayi dilakukan selama 20 minit sebelum tidur dengan sentuhan kasih bacaan al-Quran, zikir dan selawat.
[Sumber: Dr. Hamid Arshat]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment